Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Siapa Kata Muat Naik...

KUALA LUMPUR – Tindakan Presiden Sukarelawan Malaysia, Isham Jalil bakal memuat naik rakaman...

AS Sekat 17 Warga...

WASHINGTON - Amerika Syarikat (AS) mengenakan sekatan ekonomi terhadap 17 warga Arab Saudi...

Sultan Ibrahim Terima Kunjungan...

JOHOR BAHRU - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan menerima kunjungan Putera...

Najib Bentang RMK-11 Di...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijadual membentangkan Rancangan...

Banjir Kota Tinggi Ragut 1 Nyawa

KOTA TINGGI – Seorang lelaki berusia 46 tahun mati lemas selepas dipercayai terjatuh dari jeti di Kampung Baru Mawai, di sini dalam kejadian malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 8 malam itu, mangsa Mustaffa Ali, lemas dipercayai terjatuh dari jeti sebelum ditemui orang ramai kira-kira sejam kemudian sebelum mayat mangsa dibawa sendiri keluarga mangsa ke balai polis berhampiran.

Bagaimanapun, perjalanan membawa mayat mangsa ke balai polis tidak kesampaian berikutan laluan utama terputus akibat dinaiki air berikutan banjir di kawasan itu sejak siang tadi.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kota Tinggi, Ibrahim Wahid, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada jam 8.47 malam tadi.

Katanya, sebuah jentera dengan kekuatan lapan anggota dikerah ke lokasi kejadian bagi membantu membawa mayat berkenaan.

“Mangsa diselamatkan oleh orang awam sebelum pasukan bomba tiba di lokasi dan mangsa dibawa keluar oleh pasukan bomba ke Balai Polis Mawai kerana lokasi kejadian dinaiki air.

“Setibanya di Balai Polis Mawai mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang turut berada di lokasi sama,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Sehingga jam 9 malam tadi, situasi banjir di daerah ini bertambah buruk apabila jumlah mangsa meningkat mendadak kepada 729 orang membabitkan 165 keluarga, berbanding 39 mangsa petang tadi.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Kota Tinggi, berkata dua pusat pemindahan sementara (PPS) yang baru dibuka ialah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) New Kota pada jam 3.30 petang tadi yang dikhaskan untuk menempatkan masyarakat Rohingya.

Katanya, sebuah lagi PPS dibuka adalah Dewan Seri Teratai, di sini yang menempatkan 50 mangsa dari 10 keluarga terjejas daripada Kampung Sepak Hilir.

Peningkatan jumlah mangsa di daerah ini berikutan hujan lebat yang melanda sejak jam 9.30 pagi tadi dan berlarutan lebih dua jam sehingga menyebabkan beberapa kawasan dinaiki air sehingga setengah meter.

Beberapa laluan utama di pusat bandar dan di Kilometer 6 Jalan Kota Tinggi-Mawai, di sini juga terpaksa ditutup kepada kenderaan ringan.

Kategori