Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

‘Tamat Riwayat’ NUFAM, MASEU...

KADANG kala timbul juga rasa bosan, jelik malah meluat pun ada apabila tengok...

Bomba Kemuka Penambahbaikan Operasi...

KUANTAN - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) telah mengemukakan pelbagai aspek penambahbaikan...

Sultan Abdul Halim Ziarah...

ALOR SETAR - Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim‎ Mu'adzam Shah berkenan berangkat...

Lawak Pergi Bergambar Di...

MUNGKIN inilah jenaka terbaik pada tahun ini apabila Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim...

Banjir: DAP Rakam Penghargaan Kepada Pusat

SHAH ALAM – Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng hari ini mengulangi penghargaan mendalam beliau kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana memberi bantuan sewajarnya kepada mangsa banjir di Pulau Pinang.

Setiausaha Agung DAP itu turut berterima kasih kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi kerana tindakan pantas beliau menghantar anggota tentera untuk membantu menyelamatkan mangsa banjir di Pulau Pinang.

“Saya menghargai tindak balas kerajaan Persekutuan terhadap rayuan saya untuk mendapatkan bantuan pada awal hari 5 November yang bersejarah itu.

“Saya ucap terima kasih kepada Najib, Ahmad Zahid, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Shahidan Kassim dan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar kerana bantuan mereka,” katanya ketika berucap pada Kongres Khas Kebangsaan DAP di sini hari ini.

Hampir kesemua kawasan di Pulau Pinang terjejas akibat banjir dengan beberapa kawasan digenangi air antara 0.2 dan satu meter, disusuli angin kencang dan hujan lebat sejak Sabtu lepas, yang turun mengakibatkan berpuluh-puluh pokok tumbang.

​​Sehingga kini, banjir itu yang disifatkan paling buruk di negeri ini, mengorbankan tujuh nyawa.


Sementara itu, Lim berkata dalam pemilihan semula parti itu hari ini, banyak anggota parti tidak dapat menghadiri kongres khas ini oleh kerana Pendaftar Pertubuhan (ROS) mengehadkan kehadiran hanya kepada pewakilan.

Beliau berkata DAP akur, di bawah protes, perintah ROS untuk parti itu memilih semula anggota jawatankuasa eksekutif pusat (CEC) 2013.

Sebanyak 62 anggota bertanding bagi 20 jawatan CEC. Sejumlah 1,356 anggota perwakilan terbabit dalam proses pemilih yang bermula pada 12 tengah hari. – BERNAMA

Kategori