Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Kerajaan Selangor Arah Siasat...

KUALA LUMPUR - Kerajaan Selangor mengarahkan Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor (LPHS) menyiasat...

Pelaksanaan SST, Harga Dalam...

KUALA LUMPUR – Harga barangan yang dijual secara dalam talian belum menyaksikan sebarang...

Badan Nyaris Terputus Dua...

CHINA – Seorang lelaki nyaris terputus dua ketika dia cuba keluar daripada sebuah...

Video: “Bang, Saya Dah...

"BANG, saya dah tengok dah," demikian reaksi seorang penumpang apabila pintu kereta yang...

Bangkai Ular Sawa Seberat 60kg Dalam Longkang

MISTERI bau busuk yang menghantui penduduk di Taman KTC 1, Kulim, Kedah sejak beberapa hari lalu terungkai dengan penemuan bangkai ular sawa di dalam longkang, semalam.

Bangkai ular sawa batik itu ditemui beberapa pekerja yang menjalankan kerja pembersihan di kawasan padang permainan kira-kira jam 9 pagi.

Difahamkan, ular sepanjang kira-kira lapan meter dengan berat lebih 60 kilogram sudah mati lebih dari sehari.

Bangkai Ular Sawa Seberat 60kg Dalam Longkang

Reptilia berkenaan dipercayai mati akibat tersekat dalam lubang saluran air kerana ukur lilit badannya yang besar ketika cuba melarikan diri ke kawasan hutan berhampiran.


Kejadian itu dikongsikan menerusi Facebook Kelab Info Malaysia dengan mamaparkan separuh badan ular itu berada dalam saluran lubang air manakala kepalanya dalam longkang.

Reptilia itu kemudian dikeluarkan menggunakan jengkaut sebelum di bawa dengan lori untuk ditanam di kawasan lain. – MYNEWSHUB.CC

Kategori