Banduan Di Penjara Australia Naik 40% Dalam 5 Tahun

CANBERRA – Jumlah banduan di penjara Australia meningkat 40 peratus dalam tempoh lima tahun, menurut data dikeluarkan Biro Statistik Australia (ABS) pada Khamis.

Pada Jun 2018 terdapat 42,974 tahanan iaitu peningkatan empat peratus berbanding tempoh sama tahun lepas, lapor agensi berita Xinhua.

Daripada 1,764 banduan dipenjara dalam tempoh 12 bulan dari Jun 2017, seramai 1,438 adalah lelaki selebihnya wanita.

Pengarah Pusat Statistik Jenayah dan Keadilan Kebangsaan ABS, William Milne berkata ia didorong peningkatan jumlah pesalah jenayah seksual dan dadah.

Sejak 30 Jun 2017 bilangan yang dipenjarakan kerana kesalahan dadah dan serangan seksual meningkat sebanyak 10 peratus, katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat. – BERNAMA

Loading...