Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Parodi PPAP Versi Ais...

SEORANG anggota polis dari Jabatan Antidadah Balikpapan, Indonesia menggunakan pendekatan kreatif dalam usaha...

Dakwa 70 Peratus Penjawat...

KUALA TERENGGANU: Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendakwa kira-kira 70 peratus penjawat awam kerajaan...

Kerajaan Belum Lulus Vaksin...

KUALA LUMPUR - Kerajaan belum meluluskan vaksin denggi pertama di dunia untuk digunakan...

Bekas Isteri Awie Mengaku...

BEKAS isteri vokalis kumpulan Wing, Awie iaitu Rozana Misbun mengaku pernah mendapatkan khidmat pengamal perubatan wanita atau bomoh bernama Maksu semasa mereka masih tinggal bersama.

BAM Sahkan Chong Wei Pulang Esok

KUALA LUMPUR – Selepas membuat penafian semalam, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) hari ini mengesahkan jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei akan kembali ke tanah air esok.

Presiden BAM, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria berkata, Chong Wei telah diberi pelepasan oleh pasukan yang merawatnya untuk pulang ke Kuala Lumpur.

“Bagi pihak BAM, saya menasihati petugas media dan rakyat Malaysia untuk menghormati privasi beliau dan keluarganya,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Mohamad Norza semalam dilaporkan menafikan laporan akhbar tempatan bahawa Chong Wei akan kembali ke tanah air pada Ahad ini.setelah selesai menjalani rawatan kanser hidung di Taiwan.

Menjelaskan perkara itu, katanya, beliau berhubung dengan Chong Wei pada Rabu lepas dan pemain badminton dunia itu memaklumkan belum mendapat pelepasan daripada pasukan perubatan ketika itu. – MYNEWSHUB.TV

Kategori