Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

‘Inspektor Sheila’ Didakwa Aibkan...

SELAYANG: ‘Inspektor Sheila’ yang tular dalam media sosial, didakwa di Mahkamah Majistret di...

Kes Saman Nik Nazmi...

KUALA LUMPUR - Pengurusan kes saman Ketua Angkatan Muda Keadilan Nik Nazmi Nik...

Matthysse Yakin Pertahan Gelaran...

KUALA LUMPUR – Juara bertahan kategori Welterweight Persatuan Tinju Dunia (WBA), Lucas Matthysse...

Korban Ke-20 COVID-19 Selamat...

KOTA BHARU - Jenazah korban ke-20 COVID-19, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam...

Balu Adenan Jadi Calon BN PRK Tanjung Datu

KUCHING – Balu Allahyarham Tan Sri Adenan Satem iaitu Puan Sri Jamilah Anu diumumkan secara rasmi sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) N.3 Tanjong Datu.

Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg membuat pengumuman tersebut pada sidang media khas di Ibu Pejabat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di Jalan Bako, dekat sini petang Rabu.

Jamilah, 62; merupakan isteri kepada allahyarham Adenan, yang meninggal dunia selepas dimasukkan ke Pusat Jantung, Hospital Umum Sarawak di Kota Samarahan untuk pemeriksaan rutin pada Januari lalu.

Wanita ini dilahirkan di Bau pada 14 Ogos 1955, dan memiliki kelulusan dalam Diploma Sains Kesetiausahaan dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Sabah.

Selain aktif pelbagai aktiviti kemasyarakatan, Jamilah merupakan Pengarah Yayasan Jaznan, Penaung Persatuan Puteri Islam Malaysia (PPIM) dan Penaung Persatuan Kanak-Kanak Terencat Akak (PERKATA).

Beliau yang mempunyai lima orang anak itu juga ialah Penaung Persatuan Pengasuh dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak Sarawak serta Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Jantung Sarawak.

Menurut Abang Johari, pencalonan Jamilah turut dipersetujui sendiri oleh Pengerusi BN yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.


Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.3 Tanjong Datu kosong berikutan kematian penyandangnya yang juga ialah bekas Ketua Menteri pada 11 Januari lepas dalam usia 72 tahun.

Pada Pilihan Raya Negeri Ke-11 tahun lalu, Adenan mempertahankan Tanjong Datu dengan kemenangan selesa, majoriti undi 6,360 mengatasi calon PKR, Jazolkipli Numan yang hanya meraih 468 undi.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan tarikh hari pengundian bagi PRK Tanjong Datu pada 18 Februari, manakala hari penamaan calon pada 4 Februari. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori