Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Hari Ke-3 Perhimpunan Rayuan...

PUTRAJAYA - Perhimpunan hari ketiga di hadapan Istana Kehakiman oleh penyokong Datuk Seri...

Pusat Komuniti ‘Hadiah’ Untuk...

KUALA LUMPUR - Para penghuni Projek Perumahan Rakyat (PPR) Beringin, di sini kini...

Apple Bakal Lancar Jam...

SYARIKAT telekomunikasi gergasi Apple Inc. merancang untuk melancarkan model jam pintar terbaru mereka...

Perodua Beri Sumbangan Persekolahan...

KUALA LUMPUR - Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua) memberi sumbangan barangan persekolahan...

Bale Boleh Pergi Sekarang – Zidane

LONDON – Pengurus Real Madrid, Zinedine Zidane mengesahkan Gareth Bale akan djual dan berharap pemain itu boleh mencari kelab baharu dengan segera.

Pengesahan itu dibuat selepas pengendali dari Perancis itu tidak menyenaraikan Bale dalam skuad Los Blancos ketika mereka tewas 1-3 kepada Bayern Munich pada aksi persahabatan pra musim semalam.

Sebaik tamat perlawanan, Zidane memberitahu Bale dipinggirkan kerana kelab tersebut sedang berusaha untuk menjual bintang Wales itu.

Zidane menegaskan dia tiada masalah peribadi dengan pemain berusia 29 tahun itu.

“Kami perlu berubah untuk membentuk pasukan baharu dan karier pemain itu bersama Real Madrid sudah berakhir.


“Bale tidak disenaraikan kerana Madrid cuba menjualnya. Lebih bagus jika dia boleh pergi hari ini.

“Kami harap dia boleh pergi segera dan ia pilihan terbaik untuknya. Kami berusaha menjualnya kepada kelab baharu,” katanya kepada Mirror.co.uk. – Agensi

Kategori