Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Gadis ‘Pelaris’ Loteri Haram...

BINTULU - Pelbagai taktik digunakan sindiket perjudian haram di Sarawak, termasuk menjadikan gadis...

KAFA Lepaskan Mohammed Ghaddar...

SHAH ALAM - Penyerang Kelantan, Mohammed Ghaddar sah menyertai kelab Johor Darul Ta'zim...

Lydia Ko Ungguli Pusingan...

KUALA LUMPUR – Bekas pemain No.1 dunia, Lydia Ko mencatatkan tujuh bawah par...

Kualiti Vokal Ziana Tidak...

KUALA LUMPUR - Penyanyi Ziana Zain berharap peminat tidak meletakkan harapan tinggi terhadap...

Bakteria Jadi ‘Zombi’ Elak Dibunuh Antibiotik

AMSTERDAM – Satu kajian baharu menunjukkan sesetengah bakteria mampu bertukar menjadi ‘zombi’ untuk terus hidup dalam keadaan ekstrem termasuk mengelak daripada dibunuh oleh ubat antibiotik.

Kajian tersebut dilakukan untuk mengenal pasti strategi survival organisma sel tunggal bagi membantu menjelaskan kenapa sesetengah jangkitan kuman berulang selepas pesakit selesai menerima rawatan.

“Pada kebiasaannya, bakteria Bacillus subtilis berbentuk panjang tetapi ia kemudian mengecut sehingga ia menjadi seperti sfera,” kata Profesor Leendert Hamoen dari Institut Sains Kehidupan Swammerdam di Universiti Amsterdam baru-baru ini.

Kajian yang diterbitkan dalam jurnal Nature Communication itu menyiasat strategi survival bakteria Bacillus subtilis yang dilihat berubah daripada bentuk semula jadi panjang menjadi sfera dalam keadaan ‘zombi’.

Pada tahap ‘zombi’, bakteria itu bukannya mati ataupun dorman sebaliknya aktiviti dalaman selnya direndahkan jauh lebih perlahan daripada biasa tetapi ia masih mampu membiak. – Agensi

Kategori