Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Pemandu Bas Ekspres Maut...

IPOH - Seorang pemandu bas ekspres dua tingkat maut dalam kemalangan selepas tol...

18,000 Pekerjaan Menerusi Tok...

PASIR PUTEH - Sebanyak 18,000 peluang pekerjaan dijangka diwujudkan menerusi pembangunan projek Tok...

Mariah Carey, Nick Cannon...

CINTA antara penyanyi sensasi antarabangsa, Mariah Carey dan bekas suaminya, pelakon Nick Cannon...

IJN Berjaya Implan Tanpa...

KUALA LUMPUR - Pasukan perubatan dari Institut Jantung Negara (IJN) telah berjaya melakukan...

Jalani Khidmat Tentera, Top ‘Sedih’ Tinggalkan Big Bang

KUMPULAN K-Pop popular Big Bang bakal ‘kehilangan’ seketika ahli kumpulannya, Top yang akan menjalani khidmat tentera wajib dua tahun di Korea Selatan.

Khidmat nasional itu diwajibkan ke atas lelaki Korea Selatan sebaik mencecah usia 18 tahun.

Mereka boleh memilih untuk melakukan khidmat nasional itu dalam lingkungan usia 18 hingga 35 tahun.

Top, 30, atau nama sebenarnya, Choi Seung-Hyun yang bakal memulakan latihannya esok meninggalkan satu status ‘sedih’ di laman Instagram mengatakan dia akan merindui rakan-rakan Big Bangnya sepanjang dua tahun ketiadaannya dalam kumpulan yang popular dengan lagu Love Song dan Fantastic Baby itu.

“Rakan-rakan yang akan saya rindukan. Saya akan rindukan kalian dan saya tidak akan bertemu dengan kalian sebelum memulakan khidmat tentera,” tulis Top dalam nada berseloroh.

보고싶은 내동생들 너무 보고싶어서 안보고 들어갈꺼다 메롱

A photo posted by T.O.P (@choi_seung_hyun_tttop) on


Susulan posting itu, dua rakan kumpulannya itu, iaitu, G-Dragon dan Taeyang membalas yang dia wajib bertemu dengan mereka sebelum ‘dikurung’ atau pun sekurang-kurangnya ber-facetime dengan mereka.

Sementara itu, pihak pengurusan Big Bang mengatakan mereka tidak akan mengadakan sebarang majlis bagi meraikan pemergian Top ke kem latihan tersebut di sebalik spekulasi sebelum ini yang mendakwa terdapat majlis meraikan perpisahan Top oleh para peminat di laman sosial.

Selain Top, G-Dragon dan Taeyang, Big Bang yang turut mencipta fenomena di Amerika Syarikat itu turut dianggotai Seungri dan Daesung. – MYNEWSHUB.CC

Bakal Jalani Khidmat Tentera, Top Akan Rindukan Big Bang
Big Bang, dari kiri, Top, G-Dragon, Taeyang, Seungri dan Daesung.

Kategori