Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Saifuddin, Zambry, Tengku Zafrul,...

KUALA LUMPUR : Empat daripada 28 Jemaah Menteri yang akan menganggotai Kabinet Kerajaan...

Hari Terbuka SPRM Di...

KUALA LUMPUR - Buat julung kali Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menganjurkan...

Thailand Keluar Amaran Penularan...

BANGKOK - Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Thailand (CAAT) telah mengeluarkan amaran kepada rakyatnya...

Kedutaan Myanmar Takut Demo...

KUALA LUMPUR - Hasrat sekumpulan ratusan penunjuk perasaan termasuk rakyat Malaysia untuk menyerahkan memorandum...

Bakal Bergelar Bapa, Amar Letak Syarat Berlakon

BAKAL menimang cahaya mata pertama tidak lama lagi, Amar Baharin terpaksa letak syarat kepada mana-mana produksi yang mahu mengambilnya berlakon dalam tempoh masa ditetapkan.

Menurut aktor tersebut, jika syarat yang ditetapkan tidak dapat ditunaikan, dia terpaksa menolak mana-mana tawaran demi kebaikan isteri dan anaknya yang bakal dilahirkan sekitar penghujung Oktober depan.

“Saya meletakkan syarat jika mahu saya terlibat dalam mana-mana produksi lakonan, mereka tidak boleh mengganggu tempoh seminggu sebelum dan selepas isteri saya bersalin.

“Dalam tempoh tersebut, saya memang tidak mahu terlibat dengan mana-mana penggambaran kerana mahu memberikan perhatian kepada isteri dan anak saya nanti,” katanya kepada mStar Online.

Katanya lagi, kini dia lebih banyak berdamping bersama isterinya, pelakon Amyra Rosli yang kini sudah memasuki usia kandungan tujuh bulan.


Amar juga memberitahu dia tidak pernah ketinggalan membawa isterinya membuat pemeriksaan susulan kehamilan serta sering memantau segala ubat-ubatan Amyra.

“Debaran makin terasa apatah lagi keadaan Amyra sekarang kerap mengadu sakit belakang pada sebelah malam dan saya perlu mengurutnya,” kata Amar. – MYNEWSHUB.CC

Kategori