Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

PH-BN Optimis Bentuk Kerajaan...

ALOR SETAR: Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) mengulangi keyakinan sudah memiliki...

Macau Scam : Warga...

KUANTAN - Seorang warga emas kerugian RM10,000 selepas diperdayakan seorang wanita daripada sindiket...

Wanita Dikecam, Salah Guna...

SEORANG wanita telah dituduh menyalahguna wang sumbangan untuk rawatan anak perempuannya yang menghidap...

Kanak-Kanak Maut, 6 Cedera...

TANGKAK - Seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun maut, manakala enam lagi cedera selepas...

Gerai Burger Dirempuh Bak Aksi Filem Tapi Tiada Maut

IPOH – Insiden rempuhan sebuah kereta ke atas gerai burger di sini yang tular dalam media sosial tidak melibatkan sebarang kecederaan serius sehingga perlu ditahan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).

Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Mohd Ali Tamby berkata semua yang terlibat dalam kejadian berhampiran Stadium Hoki Azlan Shah kira-kira 8.40 malam itu hanya mengalami cedera ringan dan dirawat sebagai pesakit luar di HRPB.

Katanya siasatan mendapati hanya empat mangsa cedera dalam insiden itu, bukannya sembilan sebagaimana tular dan penolong pegawai penyiasat polis sudah menemui semua mangsa di lokasi kejadian.

“Hasil semakan mendapati setakat ni dua laporan polis diterima masing-masing daripada peniaga burger dan seorang pembeli.

“Kerosakan melibatkan satu gerai burger beroda tiga, dua motosikal masing-masing milik peniaga serta pelanggan dan ia adalah pada tahap minimum,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini sambil menambah maklumat lanjut akan diberikan kemudian.


Mohd Ali berkata pemandu Myvi seorang lelaki berusia 74 tahun yang merempuh gerai itu belum membuat laporan polis dan pihaknya sedang berusaha menghubungi anak pemandu terbabit bagi mendapatkan keterangan lanjut.

Kejadian rempuhan yang tular dalam media sosial sejak malam tadi itu menyatakan peniaga bersama sembilan pelanggan di gerai terlibat cedera setelah dirempuh sebuah Myvi Putih dipandu seorang lelaki yang dipercayai mabuk. – BERNAMA

Kategori