Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Sukarelawan 1M4U Di 140...

PUTRAJAYA - Program Sukarelawan Sekolah Malaysia 1M4U, yang dilaksanakan melalui kerjasama 1Malaysia For...

Bakar Tahfiz, Seorang Diarah...

KUALA LUMPUR - Seorang remaja berusia 19 tahun menangis teresak-esak sebaik Mahkamah Tinggi...

Kit Siang Tolak Kerjasama...

KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Kit Siang membidas kenyataan Naib Presiden PAS,...

Boustead Pertimbang Jual BHPetrol...

KUALA LUMPUR: Boustead Holdings Bhd sedang mempertimbangkan untuk melupuskan perniagaan stesen minyaknya di...

Baju Wanita Muslim Dibakar Di New York

SEORANG wanita dari Scotland terkejut apabila lengan bajunya dibakar  seorang lelaki yang tidak dikenalinya ketika berjalan di kawasan beli-belah di Midtown, New York, Amerika Syarikat (AS).

Pelancong yang sedang berdiri di hadapan sebuah butik pakaian di Park Avenue itu menyedari lengan kirinya terbakar apabila terasa panas dan melihat seorang lelaki berpakaian hitam memegang pemetik api berjalan di tepinya.

Agensi berita Reuters melaporkan wanita yang berusia 35 tahun itu berjaya memadamkan api dan tidak mengalami kecederaan susulan kejadian yang berlaku pada Sabtu lalu.

Insiden aneh tersebut berlaku sehari sebelum hari peringatan insiden 11 September 2001 dan dianggap pihak berkuasa sebagai jenayah kebencian terhadap agama.

Selasa lalu, polis tempatan mendedahkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan seorang lelaki yang memakai topi berjalan di laluan tempat kejadian, namun tiada tangkapan dilakukan.


Majlis Hubungan Amerika-Islam mengutuk kejadian tersebut susulan peningkatan serangan terhadap orang Islam di seluruh AS.

“Kami melihat adanya peningkatan serangan terhadap orang Islam di New York dan seluruh negara. Sudah tiba masanya Datuk Bandar dan polis New York untuk siasat dan cegah serangan terhadap umat Islam,” katanya yang dipetik Reuters. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori