Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

9 Mei Rayuan Guru...

PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan akan memutuskan bulan depan sama ada untuk memerintahkan seorang...

BN Tanpa Gagal Sedia...

SEMPORNA - Kerajaan Barisan Nasional tanpa gagal menyediakan pelbagai ruang dan peluang pendidikan...

Dajal Moden Yahudi Tangan...

TERINGAT ketika menuntut di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) lewat 1990-an lalu, penulis...

Lelaki ‘Kantoi’ Mengintai Wanita...

Chukai - Gelaran lelaki miang sesuai menggambarkan tindakan seorang lelaki berstatus suami apabila...

Baju Sekolah Label ‘Sumbangan YB Shaid Rosli’

KUALA LUMPUR – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeram, Mohd. Shaid Rosli yang dikritik gara-gara agihan beg sekolah yang terpampang wajahnya, terus mencipta kontroversi apabila menyumbangkan pakaian seragam yang tertulis namanya pula.

Beliau hari ini telah mengedarkan sebanyak 10,000 helai pakaian seragam ke seluruh sekolah di dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeram.

Katanya, pakaian seragam sekolah tersebut merupakan sumbangan ikhlas bagi membantu pelajar dalam golongan kurang berkemampuan.

“Baju itu disediakan khas dengan jenama saya sendiri, ‘YB Shaid Rosli’ yang tertulis pada kolar baju.

“Mengikut perancangan asal, pakaian sekolah ini sepatutnya dibekalkan sebelum sesi persekolahan dibuka namun ia mengalami kelewatan dari pihak pengedar.

Mohd. Shaid menunjukkan sehelai baju berlabel ‘Sumbangan YB Shaid yang diberikan kepada pelajar sekolah.

“Alhamdulillah, pagi ini saya menyerahkan sumbangan pakaian sekolah ini di Sekolah Kebangsaan (SK) Puncak Alam 3 iaitu sebanyak 1,600 helai. Jumlah keseluruhan yang akan kita edarkan di semua sekolah di DUN ini adalah 10,000 helai,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya, terdapat 10 buah sekolah rendah akan menerima sumbangan berupa baju kemeja untuk murid lelaki dan baju kurung bagi murid perempuan.


Tambahnya, sebelum ini, beliau juga telah mengedarkan beg sekolah kepada pelajar di DUN tersebut sehingga bantuan ikhlas itu menjadi bahan yang dipolemikan di media sosial.

Beg sekolah itu sebelum ini diberikan kepada Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil dan Cina di DUN ini bertujuan membantu ibu bapa meringankan beban persekolahan anak mereka.

“Saya menyedari penduduk di kawasan DUN ini tidak semuanya senang dan mempunyai pendapatan yang mencukupi. Jadi, bantuan yang kita serahkan ini diharap dapat mengurangkan beban mereka terutama yang datang dari keluarga kurang berkemampuan,” katanya. – K! ONLINE

Kategori