Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Haziq Hot FM Kesal...

PENYAMPAI radio Hot FM, Haziq terkilan dengan tindakan individu tidak bertanggungjawab yang mewujudkan...

Kunjungan Hun Sen Ke...

YANGON: Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen, disambut barisan kehormat dan permaidani merah oleh...

Mufti Perlis Buat Laporan...

KANGAR - Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin membuat laporan polis...

Sambutan Hari Keputeraan Raja...

TOKYO - Sambutan ulang tahun keputeraan ke-73 Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra...

Baju Merah Tanda Solidariti Untuk Ahmad Zahid

BERSATU… Ratusan orang ramai memakai baju warna merah berkumpul di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur sebagai tanda solidariti mempertahankan Datuk Seri Dr. Ahmah Zahid Hamidi.

Mereka yang mula berkumpul dari pukul 7 pagi itu turut membawa pelbagai kain rentang dan sepanduk yang mengecam pendakwaan jahat berkenaan dikenakan ke atas Presiden UMNO tersebut.

Turut hadir untuk beri sokongan ialah Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohammad Hassan; Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa

Juga tidak ketinggalan ialah Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki; Ketua Wanita UMNO, Datuk Dr. Noraini Ahmad dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam.

Dalam pada itu, ramai penyokong Ahmad Zahid mendesak polis yang bertugas agar memberi laluan kepada mereka untuk dapat memasuki pekarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur secara aman.


Terdahulu, timbul sedikit kekecohan apabila kumpulan yang terdiri daripada ratusan penyokong berpakaian merah sebagai tanda solidariti itu meluru ke arah pagar kompleks yang ditutup pihak polis.

Mereka bagaimanapun berjaya ditenangkan Lokman yang tampil mengetuai kumpulan tersebut sebelum mereka kemudian bertindak duduk bersila di hadapan pagar berkenaan bagi bantah sekatan polis.

Lokman dalam ucapannya turut beri pilihan kepada pihak polis sama ada benar mereka masuk secara aman atau mereka akan terus berkumpul di depan pagar berucap sepanjang Zahid hadapi pertuduhan. – Agensi

Kategori