Bajet 2020: PH Terdesak Beri Lebih Banyak ‘Goodies’

PETALING JAYA – Datuk Seri Najib Razak menjangkakan Bajet 2020 akan melepasi sasaran defisit tiga peratus kerana kerajaan Pakatan Harapan terdesak mendapat sokongan dengan mengumumkan satu siri “goodies”.

Bekas perdana menteri itu berkata, defisit negara konsisten setiap tahun di bawah pentadbirannya, tetapi ia meningkat sejak pertukaran kerajaan.

“Saya ramal Bajet 2020 ini akan lari dari sasaran defisit 3 peratus yang diberi oleh kerajaan PH tahun lepas – mungkin defisitnya akan antara 3.2 hingga 3.4 peratus,” tulis bekas menteri kewangan itu sambil menambah ia disebabkan tindakan kerajaan cuba mendapatkan kembali sokongan rakyat.

Bajet 2020 akan dibentangkan kira-kira 4 petang ini oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng. Ini adalah bajet kedua yang disediakan kerajaan PH.

Najib menjangkakan Putrajaya akan mengumumkan lebih banyak bantuan kepada rakyat walaupun penarafan kredit negara merosot.

Tetapi, katanya, penjualan satu siri aset dan “menjarah Petronas” oleh kerajaan bermakna hasil pendapatan tidak dapat menampung perbelanjaan negara. – FMT

Loading...