Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Dulu Model Jutawan, Kini...

MADRID - Bekas model jelita yang pernah meraih pendapatan jutaan ringgit setahun pada...

Misi Cari Baki Mangsa...

JAKARTA – Badan Pencari dan Penyelamat Nasional (Basarnas) akan menghentikan semua operasi bagi...

Isu Kalimah Allah Bakal...

PETALING JAYA: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berasa gusar...

Miss Amazing Malaysia: Pertandingan...

KUALA LUMPUR - Ketidaksempurnaan yang ada pada diri seseorang wanita kerana dilahirkan sebagai...

Bajet 2018 Khabar Gembira Kepada Pemilik Kapal

KUALA LUMPUR – Persatuan Pemilik Kapal Malaysia (MASA) menyambut baik pelepasan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) bagi pengimportan kapal, serta peruntukan RM3 bilion di bawah Dana Pembangunan Pengangkutan kerana akan menjadikan pembelian kapal lebih murah dan membolehkan pengendali menambah kapal.

Bagaimanapun, pengeluar kapal tempatan pula ragu-ragu terhadap pengumuman itu kerana ini akan menggalakkan pemilik kapal beralih kepada pengeluar kapal luar, menjadikan kedudukan mereka tidak menentu.

Pengerusi MASA Datuk Ir Hak Md Amin berkata pemilik kapal gembira dengan pelepasan GST itu kerana ia akan menggalakkan mereka membeli kapal dan pada masa yang sama menambah saiz kumpulan kapal mereka.

Di dalam Bajet 2018, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan bahawa import barangan pada harga yang tinggi seperti pesawat dan kapal oleh syarikat penerbangan dan syarikat perkapalan yang didaftarkan di Malaysia, diberikan pelepasan GST.

Sejumlah RM3 bilion juga diperuntukkan di bawah Dana Pembangunan Pengangkutan untuk memperoleh kapal serta membangunkan teknologi aeroangkasa dan kereta api.

“Dana itu akan menjadi bantuan yang baik kepada pemilik kapal kerana ia lebih baik daripada pinjaman bank komersial.

Bagaimanapun, dengan dana yang ada ini, kami berharap bank yang mengendalikannya dapat mempercepatkan pembiayaan kepada komuniti perkapalan terutamanya dalam pasaran semasa (ekonomi) yang kurang memberangsangkan ini dan pada masa yang sama (membantu) mengekalkan kumpulan kapal Malaysia,” kata Abdul Hak.

Beliau berharap memperoleh lebih banyak maklumat mengenai dana itu dandikongsi bersama dengan komuniti maritim.

“Kami mempunyai Dana Pembangunan Maritim sebanyak RM3 bilion yang diumumkan dalam Bajet 2014 tetapi belum digunakan lagi. Jadi, untuk kali ini, saya tidak pasti sama ada ia akan melengkapkan dana sebelumnya atau merupakan tambahan,” katanya kepada Bernama sebagai respons kepada Bajet 2018 yang dibentangkan pada Jumaat.


Sementara itu, Abdul Hak juga menggesa kerajaan agar melihat masalah pengeluar kapal tempatan.

“Ia tidak akan berdaya saing kepada mereka kerana pemilik kapal tempatan boleh menjimatkan enam peratus jika kita membeli kapal di luar negara,” katanya.

Pengarah Muhibbah Marine Engineering Sdn. Bhd. (MMESB) Ooi Kien Chuan berkata industri pembaikan kapal akan dikecualikan daripada GST tetapi berbeza bagi pembinaan kapal.

“Pasaran sudah lengang sekarang dan kami harap kerajaan akan melihat dengan teliti perkara ini kerana ia dijangka mengurangkan aktiviti di limbungan kapal tempatan,” katanya.

Beliau berkata industri pembinaan kapal adalah industri berintensifkan buruh dan kekurangan aktiviti di limbungan boleh menjejaskan pekerjaan. – BERNAMA

Kategori