Thursday, May 2, 2024

Creating liberating content

Kedutaan Malaysia Di Indonesia...

JAKARTA - Kira-kira 100 petugas dan ahli keluarga di Kedutaan Besar Malaysia di...

Rina Nafi Dakwaan Pemilihan...

PUTRAJAYA : Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menafikan penganjuran program Wanita Bangkit...

Perdana Menteri Turki ‘Belasah’...

Perdana Menteri Turki, Tayyip Erdagon mengkritik sikap Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama yang...

RCI: Sabah Tumpuan Operasi...

KOTA KINABALU - Jabatan Imigresen akan melancarkan operasi secara agresif di Sabah dalam...

“Bagi Kepercayaan, Hael Tahu Kemampuan Saya”

NAMA Nabila Razali semakin dikenali di persada seni suara selepas ‘kisah cinta’ antaranya bersama dengan pelakon Aedy Ashraf mendapat perhatian ramai orang termasuk pihak media sendiri.

Perkara itu merupakan strategi pemasaran paling berkesan yang pernah dilakukan oleh bekas pelajar Akademi Fantasia itu kerana perkara berkenaan langsung tidak berjaya dihidup oleh mana-mana pihak.

Bagaimanapun, Nabila akui bahawa dia berasa sangat selesa setiap kali bekerjasam dengan komposer merangkap penyanyi lagu Jampi iaitu Hael Husaini.

“Setakat ini, saya memang sangat berpuas hati dengan lagu ciptaan Hael. Alhamdulillah, lagu Cemburu dan Pematah Hati memang menaikkan nama saya dalam industri hiburan.

“Hael juga tahu kualiti vokal saya serta pandai mencipta lagu yang bersesuaian dengan saya. Untuk single seterusnya, saya memang akan terus bekerjasama dengan Hael dan selesa menyanyikan lagu ciptaannya,” katanya dipetik portal Astro Gempak.

Dalam masa sama, selaku rakan baik dalam industri, Nabila turut menggemari sikap jujur yang ditunjukkan oleh Hael itu kerana dia sememangnya mementingkan kualiti daripada kuantiti.

Menurut heroin drama Hikayat Cinta Si Pematah Hati itu, dia pernah mendengar sebuah lagu demo ciptaan Hael dan melodinya telah berjaya membuatkan Nabila terpikat.

Namun, sayang seribu kali sayang apabila Hael tidak mahu memberikan lagu tersebut kepada Nabila kerana menurutnya, vokal penyanyi lagu Cemburu itu tidak sesuai untuk lagu berkenaan.


“Hael sangat jujur dalam berkarya. Jika dia tamak, dia boleh terus berikan sahaja lagu tersebut kepada saya.

“Dia bukan sekadar mahu menjual lagu kepada penyanyi lain, dia melihat kebolehan penyanyi dan mencorakkan apa yang baik untuk dipersembahkan kepada peminat,” tambahnya lagi.

Dalam perkembangan lain, Nabila sekali lagi bakal terlibat dalam pembikinan drama berjudul Cintaku di Bumi Izmir yang akan memulakan penggambarannya di Turki.

Kali terakhri Nabila muncul di hadapan lensa kamera sebagai pelakon ialah ketika dia terlibat dalam drama Hikayat Cinta Si Pematah Hati sekitar tahun lalu.

Walaupun sering dikecam, Nabila tetap berusaha untuk membina nama di dalam industri hiburan kerana dalam banyak yang mengkritik, masih ada yang menyokong dirinya. – MYNEWSHUB.CC/ AH

Kategori