Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Kerajaan Johor Tak Akan...

ISKANDAR PUTERI - Kerajaan Negeri Johor buat masa ini tidak akan menyewakan sebahagian...

Seleweng Dana: Bekas TSU...

PUTRAJAYA - Seorang bekas timbalan setiausaha bahagian sebuah kementerian hari ini direman enam...

Tiada Keperluan Kaji Semula...

SUNGKAI - Tiada keperluan untuk Kementerian Kesihatan mengkaji semula pelantikan Rania Zara Medina...

Polis Buru 4 Suspek...

SEREMBAN - Empat lelaki melarikan barang kemas dalam satu kejadian samun di sebuah...

Bagan Datuk Bukan Lagi Pekan Koboi

BAGAN DATUK – Pembangunan fizikal yang rancak menjadikan Bagan Datuk yang dahulunya digelar pekan koboi kini berubah wajah dengan pelbagai aktiviti sosioekonomi.

Pekan kecil dengan hanya dua baris kedai itu yang sebelum ini sunyi daripada pengunjung mula menerima pelawat terutamanya selepas jeti Bagan Datuk dinaik taraf menjadi Waterfront Bagan Datuk.

Projek pembangunan Waterfront Bagan Datuk yang siap hujung tahun lepas dengan kos hampir RM3 juta dilihat berbaloi apabila penduduk setempat mahupun pelancong kini mempunyai lokasi dituju bagi tujuan aktiviti riadah dan santai selain ia turut membuka peluang ekonomi kepada penduduk kawasan itu.

Seorang pengunjung, Suhail Rashid, 32, dari Hutan Melintang yang menetap di Rawang, Selangor berkata beliau kagum melihat banyak pembangunan fizikal di Bagan Datuk.

Katanya tarikan bergambar di arca bertulis ‘Welcome To Bagan Datuk‘ yang berwarna warni berlatar-belakangkan muara Sungai Perak sangat mengujakan pengunjung.

“Dulu saya nak datang sini pun saya malas sebab tak ada nak pergi. Saya kalau datang ke kawasan jeti ini hanya sekadar untuk mengail saja. Sekarang oklah, ada lah tempat selesa untuk bawa anak-anak beriadah bila balik kampung.

Anak jati Bagan Datuk, Siti Hajar Mokhtar, 51, yang mencari rezeki di ibu kota selama lima tahun mengambil keputusan pulang ke kampung halaman hujung tahun lepas untuk berniaga minuman dan makanan ringan selepas jeti Bagan Datuk dinaik taraf menjadi Waterfront Bagan Datuk.

Katanya langkah itu diambil kerana beliau merasakan pembangunan di kawasan itu menjanjikan peluang peniagaan yang lebih baik berbanding perniagaan yang dijalankannya di Kuala Lumpur yang hanya sekadar cukup makan.

“Alhamdulillah pendapatan kami pun semakin meningkat lepas berniaga di Waterfront Bagan Datuk yang berwajah baharu ni,” katanya kepada Bernama.


Seorang lagi peniaga, Siti Fatimah Razali, 48, berkata sebaik melihat kehadiran pengunjung yang kian meningkat ke Waterfront Bagan Datuk, beliau segera mengambil peluang untuk berniaga belon buih dan mainan kanak-kanak di kawasan itu.

Berasal dari Sungai Tiang di sini, jelasnya impian beliau untuk berniaga walaupun sekadar kecil-kecilan sejak dahulu kini tercapai, sekaligus membantu menambah pendapatan keluarganya memandangkan suaminya sekadar bekerja kampung.

“Pada saya bagus peniaga diberi peluang berniaga di sini kerana kami boleh menambah pendapatan dan jeti ini jadi meriah dengan adanya gerai-gerai kerana lebih ramai pengunjung akan datang ke sini,” katanya berniaga pada hujung minggu.

Sementara itu, Pegawai Daerah Bagan Datuk, Datuk Hamzah Hussin berkata, apabila siap sepenuhnya projek Waterfront Bagan Datuk, projek naik taraf jeti, projek pembinaan masjid terapung serta pembinaan jambatan menghubungkan Bagan Datuk dan Kampung Sejagop di Perak Tengah bernilai RM446 juta, diharapkan pekan kecil yang sunyi selama ini akan kembali hidup.

Beliau berkata hasil inisiatif Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, sejumlah RM1.3 bilion telah diperuntukkan oleh kerajaan Persekutuan di bawah Rancangan Malaysia ke-11.

Ia untuk membangunkan 12 projek berimpak tinggi di Bagan Datuk antaranya pembinaan Politeknik Bagan Datuk (RM220 juta), Projek Perumahan Rak­yat (RM79.77 juta), Ibu pejabat Polis Daerah (RM134 juta) dan Kompleks Sukan Bagan Datuk melibatkan kos RM31 juta. – BERNAMA

Kategori