Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Bukan Mudah Untuk Penuhi...

KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail...

Keputusan PBM Sertai BN...

SEREMBAN : Keputusan mengenai permohonan Parti Bangsa Malaysia (PBM) untuk menyertai Barisan Nasional...

Jadikan Dusun Durian Tempat...

SEPANG - Dusun durian yang ditambah baik berpotensi menjadi pusat tarikan yang menawarkan...

Najib Adakan Pertemuan 4...

PUTRAJAYA - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengadakan pertemuan empat mata...

‘Baby Ninja’ Jihan Selamat Lahir Secara Pembedahan

SETELAH sembilan tahun bercinta dan hampir dua tahun melayari bahtera rumah tangga, akhirnya pasangan pelakon Jihan Muse dan Ungku Hariz selamat menimang cahaya mata lelaki mereka semalam.

Baca: Baby Boy Untuk Jihan Muse Dan Ungku Hariz

Juga: “Dah Ready Jihan Beranak Atas Pentas” – Suami

Jihan atau nama sebenarnya Nur Jihan Musa, 35, telah selamat melahirkan anaknya itu di DEMC Specialist Hospital, Shah Alam, Selangor kira-kira pukul 10.15 malam Khamis secara pembedahan.

Bayi lelaki itu dikatakan seberat 3.85 kilogram dan kini Jihan bersama bayinya sedang berehat.

Menurut kenyataan daripada syarikat pengurusan Jihan, iatiu Laugh Out Loud Entertainment memaklumkan bahawa pengacara Gegar Vaganza itu akan berehat selama hampir dua bulan daripada sebarang aktiviti seni untuk memberi tumpuan yang sepenuhnya kepada keluarga baharunya.

“Jihan dan bayinya dalam keadaan baik dan sedang berehat. Memandangkan ini kelahiran sulungnya, Jihan akan menumpukan perhatian sepanjang tempoh itu.

“Kami ingin mengucapkan terima kasih atas doa dan sokongan ahli keluarga, rakan terdekat, media serta peminat,” dipetik daripada kenyataan media yang disiarkan menerusi akaun Instagram MeleTOP.

Seperti yang sedia maklum, Jihan dan Hariz telah terlibat dalam pembikinan rancangan Hi Mommy Jihan! yang merupakan sebuah blog video(vlog).


Vlog itu telah menyaksikan kehidupan seharian Jihan dan Hariz sepanjang tempoh persediaan mereka menjadi ibubapa.

Sambungan lanjutan perjalanan kehamilan Jihan akan berterusan sehingga tempoh dia bersalin yang mana ianya dirakam sendiri oleh mereka berdua.

Setiap Khamis dan Jumaat. mereka akan memuat naik vlog itu yang merupakan tajaan daripada Anmum Materna dan Thermos di laman YouTube MeleTOP pada pukul 9 malam.

Tahniah diucapkan sekali lagi kepada Jihan dan Hariz diatas kurniaan bayi lelaki yang digelar sebagai #BabyNinja itu. – MYNEWSHUB.CC/AH

Kategori