Ucapan Provokasi: Azwanddin Direman 4 Hari

KLANG – Mahkamah Majistret Klang hari ini membenarkan perintah tahanan reman terhadap Presiden Pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Datuk Azwanddin Hamzah Ariffin Abu Bakar, selama empat bermula hari ini.

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan oleh Majistret Nik Nur Amalina Mat Zaidan kira-kira jam 10.15 pagi tadi.

Ia bagi membolehkan polis menjalankan siasatan lanjut dijalankan terhadap beliau berhubung kenyataan provokasi dalam ‘Perhimpunan Aman Keadilan Untukmu Adib dan Desakan Pecat P Waytha Moorthy’ petang Selasa lalu.

Siasatan Azwanddin dibuat mengikuti Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah.

Azwanddin yang berkemeja biru tiba di Mahkamah kira-kira jam 9.10 pagi tadi.

Bagaimanapun ketika turun dari trak polis, beliau hampir tersungkur akibat tersadung kerana tahanan yang berkongsi gari dengannya berjalan terlalu laju. – BH ONLINE

Lagi berita menyusul.