Thursday, April 18, 2024

Creating liberating content

RM27 Bilion Perkhidmatan Kesihatan...

KUALA LUMPUR - Sebanyak RM27 bilion diperuntukkan kerajaan bagi menyediakan perkhidmatan kesihatan berkualiti...

Ahli Politik Tidak Harus...

KUALA LUMPUR - Dalam usaha mencegah rasuah, ahli politik tidak harus dilantik mengurus...

Tingkat Disiplin Diri, Patuhi...

KUALA LUMPUR - Penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan yang memasuki hari keenam hari ini,...

Kes Denggi Di Johor...

JOHOR BAHRU – Kes kematian akibat denggi di negeri ini mencatatkan penurunan sebanyak...

Azmin Tidak Hadir Kerana Tugasan Kementerian

KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menjelaskan, ketidakhadiran beliau ke mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR, semalam adalah kerana mempunyai tugasan lain sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi.

Sehubungan itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Gombak hairan ekoran menjadi sasaran pihak tertentu mempersoalkan kegagalannya hadir ke mesyuarat yang turut dihadiri oleh Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu.

“Sebab ada tugas. Kita sebagai pemimpin parti kerajaan, kita ada tanggungjawab kepada kerajaan dan parti, kita perlu membawa mandat ini secara bersama.

“Ada kalanya tugas kerajaan perlu kita laksanakan, itu juga tanggungjawab kita, tanggungjawab parti pun kita kena tunaikan juga, kita perlu lakukan kedua-duanya. Ada beberapa pemimpin senior PKR yang turut mempunyai jawatan dalam kerajaan Persekutuan,” katanya seperti dilaporkan portal Free Malaysia Today hari ini.

Sebelum ini, Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengingatkan kepemimpinan PKR untuk hadir pada semua mesyuarat parti mengikut jadual yang diedarkan dua hingga tiga bulan lebih awal.


Sementara itu, Mohamed Azmin menjelaskan, beliau akan hadir ke program parti sekiranya tidak mempunyai tugasan di peringkat kerajaan Persekutuan sambil menyifatkan proses tersebut sebagai perkara biasa.

“Ada program parti, saya hadir kalau tiada tugas kerajaan. Kalau ada (tugas) saya akan maklum. Itu proses normal, kenapa sasarkan saya?” katanya.

Kategori