Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

SOP Lengkap Dos Penggalak...

PUTRAJAYA - Prosedur operasi standard (SOP) yang menetapkan jemaah lengkap dua dos vaksin...

Polis Sedang Mengesan Pemilik...

TAWAU - Polis sedang mengesan pemilik bot yang karam di perairan Batu Payung...

Kerajaan Guna Pendekatan ‘6E’...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menggariskan...

Penyanyi Pop Jepun Kritikal...

BINTANG pop Jepun, Mayu Tomita, 20, kini koma selepas ditikam lebih 20 kali seorang...

Azmin Tak Jamin Masalah Air Takkan Berulang

SHAH ALAM – Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali tidak memberi jaminan masalah gangguan bekalan air di negeri ini seperti yang berlaku selama enam hari minggu lalu, tidak berulang.

Sebaliknya, beliau terus menyalahkan Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn. Bhd. (SPLASH) mengenai masalah itu.

Mohamed Azmin berkata, gangguan bekalan air itu juga disebabkan kemalangan dan bukannya kerana kelemahan kerajaan negeri menguruskan sumber air.

Apa yang berlaku baru-baru ini ialah kemalangan membabitkan letupan di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 3 (SSP3).

“SPLASH bukan milik kerajaan negeri. Ia milik GAMUDA dan Tan Sri Wan Azmi Wan Hamzah. Mana boleh masuk rumah orang,” katanya ketika berucap pada Majlis Karnival Membangun Rakyat Memakmur Negeri di Stadium Malawati di sini, semalam.

Rabu lalu, Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA), Datuk Dr. Jacob George, menganggarkan lebih RM100 juta nilai kerugian dialami peniaga sekitar Lembah Klang gara-gara krisis air pada minggu lalu.

Pada masa sama, Mohamed Azmin mengakui hanya penstukturan industri air yang mampu mengurangkan masalah ganguan air.


Beliau bagaimanapun tetap menyalahkan Kerajaan Persekutuan atas kelewatan memuktamadkan penstukturan semula industri air itu.

“Ini bukan soal menamakan harga. Kita sudah melantik penilai bebas (untuk nilai SPLASH) dan laporan sudah diserahkan kepada Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA).

“KeTTHA turut melantik penilai bebas untuk nilai harga sebenar SPLASH tapi tidak kongsi maklumat dengan negeri,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Kategori