Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Jorge Lorenzo Sedia Berlumba...

KUALA LUMPUR - Juara dunia MotoGP tiga kali, Jorge Lorenzo daripada Pasukan Ducati...

Pemimpin Akar Umbi Harus...

SIMUNJAN – Pemimpin peringkat akar umbi terutama dalam Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB)...

Pelancong Asing Wajib Isi...

SEPANG: Pelancong asing yang memasuki negara ini diberi kelonggaran untuk mengisi Kad Ketibaan...

Najib Nyata Iltizam Terus...

PENDANG - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyatakan iltizam kerajaan pusat...

Azmin Sokong Mahathir Jadi PM Hingga Akhir Penggal

SHAH ALAM – Tun Dr. Mahathir Mohamad perlu diberi peluang memimpin hingga ke akhir penggal bagi menjamin kestabilan, kesinambungan dan ketuntasan dasar-dasar kerajaan, kata Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Beliau berkata demikian bagi mengalu-alukan kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menegaskan pendirian parti itu dan UMNO menyokong Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri sehingga akhir penggal.

“Pendirian itu seiring pandangan yang pernah saya lontarkan supaya usaha mengembalikan kegemilangan negara dapat direalisasikan dengan segera,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Kata beliau, dukungan bipartisan terhadap Dr. Mahathir merupakan lembaran baru dalam politik Malaysia di mana kepentingan rakyat diberikan keutamaan.

“Ini telah ditampilkan dalam meluluskan pindaan Perlembagaan yang menurunkan had usia mengundi pilihan raya kepada 18 tahun.

“Sokongan tersebut adalah bukti keyakinan terhadap kepimpinan Dr. Mahathir yang berhemah tinggi sesuai dengan peranannya sebagai negarawan ulung negara,” katanya.

Tambah Ahli Parlimen Gombak itu, perbezaan politik sentiasa wujud dalam sesebuah negara yang mengamalkan demokrasi.


“Namun, setiap perbezaan itu perlu diurus dengan baik demi menjamin kepentingan rakyat.

“Saya yakin kestabilan politik akan menjana keutuhan dasar dan kebijakan negara termasuk konsep ‘shared prosperity’ yang bakal mengembalikan Malaysia sebagai Harimau Asia,” katanya.

Sebelum ini Sinar Harian melaporkan, PAS dan UMNO akan saling bekerjasama untuk mengekalkan Dr. Mahathir berkhidmat sebagai Perdana Menteri sehingga tamat tempoh satu penggal mandat Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Menurut Abdul Hadi, perkara itu dilakukan oleh kedua-dua pihak kerana merasakan pentadbiran Pakatan Harapan (PH) ‘tidak berwajah kepimpinan orang Islam.’

Katanya, ketika ini PAS dan UMNO hanya boleh menaruh kepercayaan kepada Dr. Mahathir kerana kemampuannya, meskipun mendakwa PH dikuasai oleh orang bukan Islam. – Sinar Harian

Kategori