Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Kesejahteraan Rakyat Antara Teras...

LANGKAWI - Manifesto Barisan Nasional (BN) Kedah untuk pilihan raya umum ke-14(PRU14) akan...

Kedai Jadi Stor Simpanan...

Kulai : Tindakan seorang lelaki untuk mengaut untung dengan menjual mercun sempena sambutan...

Najib, Shafee Gagal Dapat...

Putrajaya : Datuk Seri Najib Razak dan peguamnya Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah...

Mahkamah Batalkan Saman Anina...

PUTRAJAYA - Mahkamah Persekutuan hari ini membatalkan permohonan bekas anggota Wanita UMNO Langkawi,...

“Azmin Bukan Saingan Saya Jadi PM” – Anwar

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa, beliau mempunyai sokongan yang mencukupi untuk menggantikan Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri kelapan.

Dalam masa sama, Presiden PKR itu juga menegaskan, Timbalannya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali itu bukan saingannya untuk beliau mengambil alih tampuk kepimpinan negara.

“Biar ini jelas… Ahli Parlimen bersama saya. Pendirian Pakatan Harapan kekal tidak ada perubahan (tentang siapa yang bakal jadi Perdana Menteri).

“PM dan saya bermesyuarat setiap minggu. Saya ada jumlahnya (Ahli Parlimen yang mencukupi), saya mendapat sokongan Pakatan Harapan dan PM. Jadi tidak adil bagi saya atau Azmin untuk menyatakan sebaliknya,” katanya dalam sidang media di Parlimen, di sini pada Khamis.

Awal pagi Khamis, seramai 22 Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR dan 14 Ahli Parlimen mendesak Anwar supaya berhenti mengeluarkan kenyataan yang boleh memecah-belahkan parti.

Dalam satu kenyataan media, kesemua 22 ahli MPP dan empat Ahli Parlimen dari parti berkenaan sepakat bahawa kenyataan itu hanya berdasarkan spekulasi semata-mata. – Astro Awani

Kategori