Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Jumlah Mangsa Banjir Menurun...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 37,295 orang daripada 10,944 keluarga masih berada di pusat...

Kanak-Kanak Terperangkap Hampir Setengah...

ALOR SETAR - Seorang ibu terpaksa mengharungi detik cemas selepas anak perempuannya berusia...

PBB Puji Usaha Malaysia...

KUALA LUMPUR - Pertubuhan Bangsa-Bersatu (PBB) memuji usaha kerajaan untuk memupuk perpaduan dan...

Harga Jalur Lebar Mahal...

KUALA LUMPUR - Kelajuan yang rendah dan harga jalur lebar yang tinggi merupakan...

Azizulhasni Prospek Pingat Emas Sukan Komanwel

SEPANG — Jaguh berbasikal negara, Azizulhasni Awang adalah atlet bertaraf dunia dan merupakan prospek pingat emas pada temasya Sukan Olimpik 2020 di Jepun nanti.

Selepas mengharumkan nama negara dengan kejayaan pingat emas acara pecut di Sukan Asia Indonesia serta pernah bergelar jaguh dunia acara keirin di Kejohanan Dunia 2017, Azizulhasni telah membuktikan beliau kini berada dalam kelas tersendiri di kalangan pelumba berbasikal terhebat dunia.

Azizulhasni turut meraih pingat perak dalam acara berpasukan pecut lelaki dan sebutir gangsa dalam acara keirin di Sukan Asia baru-baru ini.

Ketua Program Podium Dr P. Vella Pandian berkata Azizulhasni merupakan atlet berprestasi tinggi yang konsisten dan persediaan mental, fizikal serta taktikal pelumba itu setanding atlet terkemuka dunia.

“Saya bukan mahu terlalu memuji beliau tetapi final acara pecut di Sukan Asia baru-baru ini, kita boleh lihat level Azizulhasni sudah tinggi, prestasi taraf dunia.

“Kita berharap prestasinya akan terus kekal cemerlang dalam menghadapi Sukan Olimpik. Masih ada masa setahun setengah lagi untuk persiapan rapi,” katanya kepada pemberita selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa 2 Sepang, di sini hari ini.

Azizulhasni merupakan pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Rio bagi acara keirin.

Sementara itu Dr Vella berkata walaupun sukan badminton gagal menyumbang pingat di Sukan Asia namun pemain badminton negara terutamanya finalis Sukan Olimpik Rio masih kompetitif dan masih ada masa untuk memperbaiki prestasi mereka.

Beliau berkata pemain badminton tidak boleh berasa kegagalan di Sukan Asia adalah penamat perjuangan mereka dalam arena sukan dan perlu bangkit dalam persiapan ke Sukan Olimpik nanti.

“Kita tidak putus harapan terhadap badminton. Sukan itu adalah penyumbang pingat seperti di Sukan Olimpik yang lalu. kita ada tiga pingat perak Sukan Olimpik dalam acara badminton. Kita akan pastikan sukan ini diteliti.


“Kita mahu mereka bertanding, mereka sangat berpontensi dan mereka adalah atlet bertaraf dunia. Kita tidak boleh membuat kesimpulan bahawa kegagalan di Sukan Asia itu penamat dalam karier mereka,” katanya.

Dr Vella turut menyebut antara sukan lain yang perlu diberi tumpuan adalah terjun, pelayaran dan memanah.

Dalam pada itu Dr Vella turut menegaskan Program Podium tidak gagal meskipun hanya enam atlet dibawah kendalian Institut Sukan Negara (ISN) meraih pingat emas untuk kontinjen.

Malaysia menamatkan saingan di Sukan Asia dengan kutipan tujuh pingat emas, 12 pingat perak dan 16 gangsa.

“Seperti yang saya katakan sebelum ini, pihak podium akan rebiu semula program ini. Secara keseluruhan hampir 80 peratus penyumbang pingat adalah daripada atlet podium iaitu keseluruhan 27 pingat daripada 36 yang dicapai.

“Saya tidak menyatakan program podium ini gagal, ia memerlukan proses yang berterusan…target podium juga adalah Sukan Olimpik 2020, masih ada masa iaitu setahun setengah lagi untuk membuktikan keberhasilan program ini,” katanya. — BERNAMA

Kategori