Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Azmin Hanya Boneka DAP,...

GEMPUR... Tan Sri Muhammad Muhd. Taib bersedia kerjasama dengan seorang lagi bekas menteri...

Hasilkan Filem Ultraman Anda...

KAMI yakin kebanyakan pembaca Mynewshub membesar dengan menonton siri Ultraman.Aksi Ultraman yang tegar...

Borong China Trip Penuhi...

MAHU mulakan perniagaan tetapi pening mencari bahan atau produk dengan harga yang lebih murah? Usah...

Bob Lokman Dikejarkan Ke...

KUALA LUMPUR - Bekas pelakon dan penulis lirik yang kemudian bergiat aktif dalam...

Azizan Osman Sumbang 30 Mesin Pernafasan Kepada YKN

PUTRAJAYA – Bekas pesakit COVID-19 yang juga seorang pakar motivasi terkenal, Datuk Azizan Osman, menyumbangkan 30 unit mesin pernafasan Airvo bernilai RM1 juta kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui Yayasan Kebajikan Negara (YKN).

Sumbangan itu disampaikan kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun oleh wakil Azizan, Muhammad Ashraf Dm Tej Nasir, di sini hari ini.

Rina yang juga Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YKN berkata mesin pernafasan itu akan diedarkan ke hospital kerajaan terpilih antaranya Hospital Sungai Buloh iaitu lokasi Azizan menjalani rawatan COVID-19.

“Sumbangan daripada bekas pesakit kepada YKN ini juga sekali gus dapat membantu pihak hospital dalam merawat pesakit COVID-19 yang sedang menjalani rawatan di hospital,” kata Rina. – BERNAMA

Kategori