Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Syed Saddiq Ahli Politik...

Perkara itu disahkan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin yang mengetuai pasukan pendakwaan bagi kes Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) itu yang didakwa atas empat pertuduhan bersubahat melakukan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram.

Anwar Akan Ke Turkiye...

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka bertolak ke Turkiye...

Warga Emas Maut, Kereta...

SITIAWAN - Seorang warga emas maut selepas kereta dipandunya terbabas dan merempuh tembok...

Siasat Penarikan Rayuan Malaysia...

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Pekan Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan isu...

Aziz Tak Kecil Hati Mangsa Lawak Isu Azizan Osman

PENGARAH filem Aziz M Osman tidak berkecil hati apabila dijadikan bahan lawak dan sindiran segelintir pihak gara-gara memiliki nama yang hampir sama dengan penceramah motivasi terkenal Azizan Osman.

Aziz, 53, berkata, dia menganggap perkara itu sebagai gurauan semata-mata dan bukan kerana mereka benar-benar keliru antara dirinya dengan penceramah terbabit.

“Saya anggap ia hanya gurauan sahaja dan tidak pun rasa kecil hati atau dipermain-mainkan. Cuma saya kasihan pihak sebelah sana (Azizan) yang menjadi mangsa bahan jenaka itu,” ujarnya kepada mStar Online.

Aziz diminta mengulas apabila segelintir pihak yang menjadikan namanya sebagai bahan lawak sarkastik terhadap isu yang membabitkan penceramah motivasi Azizan Osman.

Ia susulan penafian penganugerahan Ijazah Kehormat dari Universiti Malaya (UM) dan dua buah universiti lain yang digunakan Azizan selama ini.

aziz5

Bagaimanapun, Aziz berkata disebabkan isu itu, namanya mula kembali diingati oleh orang ramai.


“Saya gembira nama saya disebut, ia bermakna mereka masih ingat saya sebagai pengarah filem biarpun saya sudah lama menyepi. Sekurang-kurangnya mereka tahu filem-filem yang saya arahkan sebelum ini,” ujarnya.

Antara foto yang dimuat naik oleh Aziz M Osman di laman sosial Instgram miliknya.
Antara foto yang dimuat naik oleh Aziz M Osman di laman sosial Instgram miliknya.

Dalam perkembangan lain, Aziz berkata, dia kini dalam proses menghasilkan sebuah filem kerjasama dengan negara Indonesia yang bakal menjalani penggambaran pada Disember depan.

Filem tersebut bakal dibintangi oleh Neelofa dan Ashraf Muslim serta beberapa pelakon dari Indonesia. – mStar Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori