Friday, April 19, 2024

Creating liberating content

720,000 Pesara Masih Boleh...

KOTA BARU - Kira-kira 720,000 pesara kerajaan masih boleh membantu membangunkan negara dengan...

Angka Korban Gempa Di...

JAKARTA - Angka korban gempa bumi di pulau Sulawesi terus meningkat dengan sekurang-kurangnya...

Rayuan Kes Dadah Anak...

KUALA LUMPUR - Rayuan anak bekas Menteri Pertahanan Mohamad Sabu, Ahmad Saiful Islam...

Bagasi Hitam, Merah Ditarik...

KUALA LUMPUR - Beberapa pegawai tadbir dan diplomatik Bahagian Penyelidikan Jabatan Perdana Menteri...

Aziah Atan Mahu UMNO Sealiran Generasi Muda

KETUA Puteri UMNO Bahagian Kota Tinggi mahu mengangkat suara dan idea pemuda jika dia berjaya dilantik sebagai ahli Majlis Tertinggi UMNO yang dipertandingkan.

Menurut Sinar Harian, Aziah Atan menawarkan diri bertanding dalam jawatan tersebut dan mahu UMNO mengangkat idea generasi muda.

Beliau yang juga Timbalan Ketua UMNO Cawangan Felda Bukit Aping Barat berkata UMNO yang kini berdepan saat getir perlu dipertahankan oleh pewaris-pewaris muda.

Tindakan tersebut sebagai salah satu inisiatif mengukuhkan kedudukan parti tersebut dengan penglibatan ramai golongan muda.

“Keputusan ini diambil di saat UMNO hilang kuasa pemerintahan. Atas dasar semangat juang dan kesetiaan kepada parti yang menjadi pegangan saya sejak layak menyertai parti politik.

“Agenda utama untuk berada di kerusi Majlis Tertinggi UMNO adalah dengan sasaran mahu meremajakan UMNO, mengangkat suara muda wanita, mengukuhkan suara generasi baru dan mentransformasikan idea golongan muda,” katanya.

Beliau juga berhasrat membawa suara generasi muda Felda dalam usaha terus memartabatkan pembangunan Felda dalam kepimpinan tertinggi UMNO.


Pengalaman yang dimiliki oleh Aziah harap dapat diaplikasikannya melalui usaha memulihkan dan mengukuhkan kembali UMNO.

“Organisasi merupakan gabungan sejumlah orang yang saling bekerjasama untuk mencapai tujuan bersama. Keterlibatan seseorang dalam organisasi baik yang berbentuk organisasi formal mahupun informal.

“Dengan ini saya memohon di peringkat bahagian seluruh Malaysia memberi undian, ruang dan peluang kepada saya di dalam organisasi kepimpinan UMNO Malaysia,” katanya. – MYNEWSHUB.CC/MIZE

Kategori