Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Perhilitan Kenal Pasti 3...

SETIU - Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) negeri Terengganu mengenal...

Vaksin Khas Untuk Omicron...

BANDAR RAYA NEW YORK – Satu vaksin Covid-19 yang dicipta khas untuk menangani...

Hadiah Jika Berjaya Datang...

JAKARTA - Datuk Bandar Magelang, Sigit Widyinindito menghadiahkan barangan elektrik kepada pegawai kerajaan...

NUTP Sambut Baik Pemansuhan...

KUALA LUMPUR - Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) menyambut baik usaha Menteri...

Azhar Perjelas Isu Henti 10 Minit Sidang Dewan Rakyat

KUALA LUMPUR – Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun hari ini menjelaskan kekeliruan yang berlaku semalam apabila beliau meninggalkan persidangan selepas menempohkan mesyuarat Dewan Rakyat selama 10 minit sebelum pengundian belah bahagian dilakukan.

Azhar menegaskan pada 11 Ogos lepas, beliau telah memasyhurkan untuk memberi masa secukupnya kepada Ahli Parlimen untuk hadir ke Dewan Rakyat ketika proses undi belah bahagian dijalankan dengan mengambil kira prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 serta jarak antara blok Parlimen dan blok pentadbiran.

“Saya tak dapat feedback negatif pun (pada 11 Ogos) tetapi sayangnya apabila saya kata begitu (semalam) suara saya telah ditenggelami di dalam lautan keghairahan YB (Yang Berhormat) yang mengambil bahagian dalam undi belah bahagian.

“Oleh itu, saya harap tak timbul lagi kekeliruan seperti ini,” katanya selepas sesi soal jawab pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Semalam, Azhar yang mempengerusikan sidang itu memerintahkan undi belah bahagian bagi Rang Undang-Undang Perbekalan (Penguntukan Semula Peruntukan Perbelanjaan) Tahun 2020 diadakan selaras Peraturan Mesyuarat 46 (4) Dewan Rakyat dan loceng dibunyikan selama dua minit.

Sebelum proses undian berlangsung, Azhar menempohkan mesyuarat Dewan Rakyat itu selama 10 minit dan meninggalkan dewan sehingga mengundang rasa tidak puas hati ahli Dewan Rakyat di blok pembangkang yang mempersoalkan tindakannya. – BERNAMA

Kategori