Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Berita Gembira Untuk Penjawat...

PUTRAJAYA : Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan mengumumkan berita gembira...

MCA Perlu Jawab Tuduhan...

KUALA LUMPUR - Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, dan pemimpin...

15 Lelaki Samun Guna...

Kajang : Sekumpulan lelaki bersenjatakan kayu besbol menyamun premis menjual peralatan komputer di...

Peruntukan RM1.07b Atasi Banjir,...

HULU TERENGGANU - Peruntukan sebanyak RM1.07 bilion kepada kerajaan Terengganu dalam Rancangan Malaysia...

Azam Idam Aksi Pestabola Merdeka

KUANTAN – Nor Azam Azih terlepas peluang beraksi pada Piala AFF baru-baru ini namun percaya peluang buatnya kembali bersama Harimau Malaya masih ada.

Justeru, pemain Pahang itu mahu saingan Liga Malaysia (Liga-M) bermula Februari ini menjadi medan terbaik untuk merebut tempat ke saingan Pestabola Merdeka, Mac depan.

“Saya akui terkilan apabila tidak disenaraikan dalam skuad Harimau Malaya ke Piala AFF lalu. Tapi ia tidak memadam misi saya untuk kembali menyarung jersi skuad kebangsaan.

“Pestabola Merdeka yang akan dilangsungkan Mac depan adalah masa terbaik untuk membantu skuad negara meraih kejayaan.

“Oleh itu, saya akan pastikan saingan Liga-M sebagai misi untuk meyakinkan jurulatih (Tan Cheng Hoe) memilih saya dalam skuad Harimau Malaya,” katanya.


Jumaat lalu, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengesahkan akan membariskan skuad senior kebangsaan bagi kejohanan Pestabola Merdeka, Mac depan.

Justeru, ia peluang terbaik buat Nor Azam, 23, selepas namanya digugurkan dalam senarai 23 pemain skuad ke Piala AFF. Malaysia muncul naib juara Piala AFF selepas tewas 2-3 secara agregat di tangan Vietnam. – BH ONLINE

Kategori