Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Najib Lulus RM3.2 Juta...

LANGKAWI – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini meluluskan peruntukan...

Rehda Optimis Prospek Sektor...

KUALA LUMPUR - Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (Rehda) optimis terhadap prospek...

Dikhuatiri Disalah Guna Buat...

KUALA LUMPUR - Sebuah Alat Radiografi Perindustrian (RDD) mengandungi isotop radioaktif iaitu Iridium...

Publika Dibanjiri Peminat 16...

MENDAPAT sambutan hangat di YouTube, peminat muzik hip hop tempatan nyata teruja apabila...

Azam Baki Dilantik Selepas Lalui Proses Tapisan Keselamatan

KUALA LUMPUR : Pelantikan Tan Sri Azam Baki sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melalui proses tertentu dalam perkhidmatan awam, termasuk tapisan keselamatan yang dilakukan pelbagai agensi.

Bekas Ketua Setiausaha Sulit kepada bekas Perdana Menteri kelapan, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Dr Marzuki Mohamad, berkata pelantikan Azam dibuat di bawah peruntukan Seksyen 5 Akta SPRM 2009.

Di bawah seksyen itu, katanya, Ketua Pesuruhjaya dilantik oleh Yang Di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri.

“Perdana Menteri pula seperti dalam pelantikan pegawai tinggi kerajaan yang lain, biasanya menerima syor daripada Ketua Setiausaha Negara atau mana-mana pihak yang diperuntukkan di bawah undang-undang.

“Syor ini diangkat kepada Perdana Menteri dalam bentuk kertas cadangan pelantikan pegawai, iaitu di dalamnya terdapat laporan mengenai kelayakan pegawai dan justifikasi pelantikan.

“Terdapat proses tertentu dalam perkhidmatan awam yang menentukan kelayakan seseorang pegawai untuk dilantik ke mana-mana jawatan. Ia termasuk proses tapisan keselamatan dan keutuhan dibuat oleh pelbagai agensi dari semasa ke semasa.

“Bagi pegawai yang sedang berkhidmat pula, mereka tertakluk kepada pelbagai peraturan dan syarat termasuk pengisytiharan harta,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Penasihat Khas kepada Perdana Menteri (Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia), Datuk Seri Azalina Othman Said, yang bertanya sama ada Muhyiddin membuat semakan latar belakang Azam sebelum dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM.


Azam terpalit dengan isu pemilikan saham dan ia turut menimbulkan pandangan negatif terhadap suruhanjaya berkenaan.

Marzuki berkata, terdapat borang tertentu yang perlu diisi serta kaedah tertentu perlu dipatuhi oleh seorang pegawai yang sedang berkhidmat dalam mengisytiharkan harta masing-masing.

“Azam adalah Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM sebelum dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya dan saya percaya sebagai pegawai tinggi kerajaan yang sedang dalam perkhidmatan, beliau tertakluk kepada semua syarat dan proses ini sebelum dan selepas pelantikan dibuat,” katanya.

Justeru, beliau berkata, tidak timbul soal sama ada Perdana Menteri kelapan membuat semakan latar belakang pegawai sebelum pelantikan itu dibuat.

“Proses pelantikan dibuat secara teratur mengikut peraturan dan kaedah yang ditetapkan.

“Sebarang isu yang timbul selepas itu perlu ditangani mengikut peruntukan undang-undang dan peraturan yang sedang berkuatkuasa,” katanya.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori