Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Mufti Tegur Drama Isteri...

PETALING JAYA - Drama bersiri Isteri Untuk Disewa yang mula ditayangkan pada Isnin...

Taiping Miliki Keistimewaan Anjur...

TAIPING - Taiping mempunyai pelbagai keistimewaan dan tempat menarik untuk penganjuran pelbagai program...

Detik-detik Imam Palestin Bersama...

PEMBUNUHAN misteri seorang Imam Palestin semalam masih menjadi topik hangat diperbualkan dalam masyarakat....

Jemput Muhyiddin Rasmi Mesyuarat,...

KUALA LUMPUR - Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata adalah...

Azalina Tolak Gesaan UMNO Adakan Sidang Khas Parlimen

SHAH ALAM – Ahli Parlimen Pangerang, Datuk Seri Azalina Othman Said menolak permintaaan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan yang mahukan ahli Parlimen UMNO menyokong gesaan supaya sidang khas Parlimen diadakan berhubung proklamasi darurat.

Katanya, sebagai Timbalan Speaker Dewan Rakyat, beliau adalah individu yang berpegang teguh kepada demokrasi berparlimen.

“Ia wajar ditekankan bahawa Fasal 14(1) ordinan yang baru saja dimasyhurkan oleh Yang di-Pertuan Agong baru-baru ini memperuntukkan bahawa Parlimen hanya boleh dipanggil sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh Yang di-Pertuan Agong.

“Oleh itu, pada hemat saya, kebarangkalian Yang di-Pertuan Agong memanggil satu persidangan Parlimen dalam masa terdekat ini ataupun membatalkan proklamasi dan ordinan tersebut sama sekali sangatlah tipis.

“Atas sebab-sebab yang dinyatakan di atas, maka dengan segala hormatnya saya menolak dan tidak bersetuju dengan permohonan persetujuan ke atas isu tersebut seperti mana yang diminta oleh YB Pontian melalui surat 18 Januari 2021,” katanya dalam surat yang dihantar kepada Ahmad pada Selasa.

Sementara itu, Azalina turut mencadangkan kepada Seri Paduka Baginda supaya satu Majlis Khas Parlimen (bipartisan) serta memohon wakil UMNO dapat dilantik secepat mungkin ke dalam Jawatankuasa Khas Bebas Darurat yang bakal ditubuhkan nanti.

“Mencadangkan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk menubuhkan satu Majlis Khas Parlimen (bipartisan) bagi menasihati Seri Paduka Baginda berkenaan hasil pemantauan, penilaian dan perbincangan isu-isu berkaitan hak asasi dan kebebasan rakyat di bawah Perlembagaan Persekutuan.

“Majlis tersebut boleh terdiri daripada ahli-ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara daripada parti kerajaan dan pembangkang serta diberi kuasa untuk memanggil rakyat bagi memberikan pandangan, input dan cadangan.

“Semua ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara daripada UMNO yang merupakan ahli dalam Kumpulan Rentas Parti Parlimen Malaysia (KRPPM) dan juga Jawatankuasa Pilihan Khas (JPK) masih boleh memainkan peranan yang aktif supaya aktiviti-aktiviti KRPPM dan PJK masih terus giat dijalankan dan diteruskan.

“Ini memandangkan pada 12 Januari 2021, Yang di-Pertua Dewan Rakyat telah mengumumkan bahawa semua aktiviti kaukus, KRPPM atau PJK yang telah ditubuhkan masih boleh diteruskan,” katanya.

Beliau berkata, kegusaran dan rintihan rakyat di kawasan Parlimen masing-masing boleh dibawa ke perhatian menteri UMNO secara rasmi dan tidak rasmi dalam mesyuarat Kabinet.


“Ini memandangkan ahli-ahli Parlimen UMNO masih lagi terdapat peruntukan daripada kerajaan dan mempunyai kebebasan untuk bergerak dan merentas negeri bagi melawat dan turun ke kawasan.

“Malah, persetujuan menubuhkan Majlis Presiden Perikatan Nasional (PN) sekitar lewat tahun lepas boleh digunakan sebagai mekanisme untuk UMNO menyalurkan apa-apa input, cadangan, saranan mahupun bantahan atau rasa tidak puas hati berhubung apa-apa dasar kerajaan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 dan darurat.

“Justeru, saya memohon wakil UMNO dapat dilantik secepat mungkin ke dalam Jawatankuasa Khas Bebas Darurat yang bakal ditubuhkan seperti dititahkan Tuanku,” katanya.

Jelasnya lagi, hanya dua negara Komanwel iaitu India dan Pakistan yang mempunyai peruntukan berhubung ‘darurat’ dalam Perlembagaan mereka.

“Hasil penyelidikan saya ke atas negara-negara lain yang telah mengisytiharkan darurat bagi mengekang Covid-19 pula mendapati bahawa persidangan Parlimen di negara-negara itu tetap berjalan. Namun pengisytiharan darurat tidak mempunyai impak perundangan seperti mana yang termaktub di bawah Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan di negara kita.

“Pengisytiharan darurat di negara terbabit dilakukan melalui undang-udang bertulis yang khusus dan tidak membawa kesan kepada kebebasan asasi yang termaktub di bawah undang-undang bertulis dan tidak membolehkan negara-negara tersebut menggubal Ordinan seperti Perkara 150(2B) di bawah Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Terdahulu Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa mendakwa surat yang ditulis oleh Ahli Parlimen Pontian bertarikh 18 Januari itu boleh ditafsirkan sebagai cubaan menderhaka terhadap Yang di-Pertuan Agong selain satu usaha jelas bersekongkol dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan DAP yang sebelum ini meminta perkara sama dilakukan oleh ahli Parlimen.

Katanya, tindakan Ahmad itu juga tidak pernah dibincang atau diputuskan oleh parti. – Sinar Harian

Kategori