Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Selaras Tugas Beberapa Kementerian

IPOH - Kementerian Sumber Manusia akan mengkaji keperluan untuk menyelaraskan beberapa kementerian untuk...

Remy Belum Sedia Langsungkan...

TIDAK semua orang dapat membesar dengan keluarga yang bahagia dan serba sempurna. Setiap...

Ahmad Maslan Sindir PH...

BERANANG: "Senarai ada pada presiden, senarai lain palsu," kata Setiausaha Agung UMNO, Datuk...

Rusia Ancam Gugurkan ISS...

MOSCOW – Agensi Angkasa Lepas Rusia(Roscomos) mengeluarkan ancaman untuk menjatuhkan Stesen Angkasa Lepas...

Awas! Udang Palsu Masuk Pasaran KL

SEBELUM ini, ada sahaja laporan mengenai makanan palsu dari China yang masuk ke dalam beberapa buah negara termasuk Malaysia dan ia semakin membimbangkan.

Terbaru, sebuah video menjadi tular apabila seorang lelaki mendedahkan ada udang palsu yang dikatakan sudah memasuki pasaran di Kuala Lumpur.

Menerusi video berdurasi 1 minit 33 saat itu, lelaki itu mendakwa udang jenis mata kecil itu adalah produk buatan China dan mengandungi banyak bahan kimia.

Lelaki berkenaan telah menunjukkan demonstrasi bagi membezakan udang yang didakwa palsu berbanding udang asli.

“Udang asli bila kita rebus, ia terus merah, tapi ‘udang jeli’ tak merah,” katanya dalam video tersebut yang ditujukan untuk masyarakat Malaysia, khususnya di Kuala Lumpur.


Selepas udang tersebut direbus dan diangkat dari dalam kuali, dia menunjukkan tekstur udang yang didakwa palsu itu.

“Yang tiruan seperti jeli,” katanya sambil menggerak-gerakkan udang yang dipegang.

“Kalau udang betul, tak macam ni, ia keras. Rasanya juga tak macam udang, nampak saja macam udang,” dakwanya.

Dalam hal ini, pengguna perlu lebih berhati-hati apabila memilih makanan dan jadilah penguna yang bijak bagi mengelakkan daripada ‘terbeli’ udang palsu ini. – MYNEWSHUB.CC

Kategori