Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Remaja OKU Hilang Setelah...

Muhammad Asyraf Mohd Sani, 16, seorang remaja Orang Kelainan Upaya (OKU) dilaporkan hilang...

UMNO Perlu Tangkis Persepsi...

KUALA LUMPUR - UMNO perlu tampil dengan imej yang lebih segar untuk menangkis...

Menteri, Timb. Menteri Baharu...

KUALA LUMPUR - Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Hamzah Zainudin...

Jangan Cuai Tangani Tuntutan...

KOTA KINABALU : Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) menyarankan kerajaan agar tidak cuai...

Awas Islam Murtad: Ke Masjid Bersolat Membaca Bible

KRISTIAN Evangelikal adalah pecahan dalam mahzab Kristian; dan aliran baharu jika dibandingkan dengan cabang-cabang Kristian yang lain. Pengambilan dalil secara literal dan tanpa ritual kompleks menjadi identiti paling prominan dan sinonim dengan kumpulan ini.

Bagi Evengalis, konsep ibadat yang dilakukan lebih fleksibel. Malah, disesuaikan dalam konteks semasa. Siri ceramah di gereja ini lebih melihat realiti kehidupan sebagai sumber khutbah tanpa menyeret pengikut pada bentuk tipikal Katholik mahupun Ortodok.

Majalah Christianity Today Edisi Januari-Februari 2013, mengetengahkan isu Insider Movement pada muka depan yang bertajuk Worshiping Jesus in the Mosque.

Phil Parshall menyatakan, mereka menyusun gerakan ibadat dalam Bible seperti melulut, mengangkat tangan dan sujud bagi menyamai gerakan solat untuk kegunaan Melayu Kristian. Oleh itu, seseorang Islam yang murtad, masih boleh hadir ke masjid dan menyertai jemaah bersolat tetapi bacaannya diganti ayat-ayat daripada Bible.

Temu bual Gene Daniel bersama Abu Jaz mendedahkan, gerakan Insider Movement ini berasal daripada Afrika Timur yang dilakukan mahzab People of the Gospel.

Pada zahirnya, gaya hidup individu ini kelihatan sama seperti orang Islam yang lain. Penyamara yang menyukarkan seseorang itu dilabel murtad dan diambil tindakan perundangan. Kaedah contextualization ini direka bagi melindungi golongan minoriti murtad yang bimbang dipulaukan sekiranya identiti mereka terdedah.

Disebabkan Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan Malaysia melarang penganut lain untuk berdakwah kepada Melayu Islam, maka gerakan ini dilakukan secara bawah tanah. Jadi pendekatannya lebih berbentuk peribadi dan bukannya secara umum di khalayak ramai.


Kumpulan sasaran mereka ialah keluarga miskin, kumpulan anak muda bermasalah sosial, pesakit di hospital atau mereka yang diabaikan keluarga. Ketika seseorang individu tiada harapan dan tujuan hidup, maka di sinilah pendakyah Kristian akan menawarkan bantuan dan sokongan moral.

Sekiranya tiada usaha daripada umat Islam yang menyantuni golongan yang mempunyai kesempitan hidup, maka kekosongan ini akan diisi oleh gerakan yang lain. Jadi tidak hairanlah jumlah Kristian Melayu semakin meningkat setiap tahun.

Untuk mengesan Melayu Kristian yang menyamar ini bukanlah mudah. Oleh itu, strategi yang harus dilakukan ialah umat Islam perlu lebih giat mendidik masyarakat serta memberi bantuan fizikal, mental dan spiritual.

Kategori