Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Op Selamat 16/2020 Catat...

KUALA LUMPUR - Polis merekodkan 138 kematian daripada 127 kes kemalangan maut sehingga...

Ferrari F60A Hanya Untuk...

FERRARI bukanlah calang=calang kenderaan. Jika ia kelihatan seperti terlalu mewah pada masa kini,...

Kelibat Mane, Lewandowski Bakal...

MOSCOW - Pertembungan antara dua penyerang berbisa di kancah bola sepak Eropah -...

PM Berpuas Hati Dengan...

NEW YORK - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak gembira dan puas...

Awas! Bateri Litium Peranti Pintar Boleh Meletup

APABILA bateri peranti telefon pintar meletup, sudah pasti ia merupakan suatu insiden yang menakutkan orang ramai.

Insiden bateri meletup ini turut menyebabkan syarikat gergasi peranti elektronik, Samsung terpaksa menerima realiti pahit apabila menarik balik jutaan unit Galaxy Note 7 mereka yang dikatakan meletup secara tiba-tiba.

Hari ini kami ingin melaporkan insiden sebuah iPhone 6 yang meletup ketika di dalam poket seorang pengguna di Sydney, Australia, baru-baru ini.

Memetik laporan stesen 7 News, telefon milik Gareth Clear, 36, secara tiba-tiba terbakar di dalam poket seluarnya ketika dia sedang mengayuh basikal di kawasan bukit di daerah Bondi.

Sebelum kajadian, Gareth mengatakan iPhone miliknya itu telah terjatuh namun dia mengambil semula dan terus meneruskan kayuhan.


Awas! Bateri Litium Boleh Meletup oleh mynewshub

Tidak beberapa lama kemudian, dia mula menyedari asap mula keluar dari poket seluar dan bermulalah siri letupan kecil menyebabkan kaki kanannya mengalami kecederaan yang agak teruk.

84d818148b9bee2866fab8f1fe75da34

Jadi adakah ini bermakna iPhone 6 juga merupakan ‘bom jangka’ yang menanti untuk meletup seperti Note 7?

Tidak sama sekali.  Pertama, setiap peranti pintar yang menggunakan bateri ion-litium mempunyai risiko untuk terbakar.

Di dalam kes Gareth Clear, dia memberitahu perantinya itu telah terjatuh namun tidak menyedari ia telah menyebabkan struktur hujung di cengkerang baterinya ditembusi sesuatu objek.

Ini membuatkan pengecasan ion elektrod pada struktur bateri lithium iPhone 6-nya mengalami perubahan dari kebiasaan yang mana tindak balas kimia itu mempu menghasilkan gas, yang akan mengeluarkan haba lebih banyak.

Setiap kali bahan kimia ini bertindak balas, gas mengeluarkan haba yang lebih banyak pada kadar yang lebih pantas. Ini akan menyebabkan “thermal runway” yang akhirnya mengakibatkan letupan.

Jadi untuk memahami apa ciri-ciri yang membuatkan bateri telefon selamat, kita perlu melihat dari sudut bagaimana ianya berfungsi.


Terdapat dua elektrod pada dua bahagian yang berlawanan, satu elektrod untuk ion bercas positif yang dipanggil katod. Katod dipenuhi dengan litium dan disinilah “tenaga” disimpan.

Elektrod yang satu lagi pula mengandungi ion bercas negatif dan dipanggil anod.

2

Sewaktu mengecas, ion-litium akan bergerak daripada katod kepada anod. Apabila bateri digunakan, litium bergerak dalam arah yang berlawanan.

Di tengah-tengah terdapat satu bahan kimia yang dipanggil elektrolit yang mengalirkan arus dengan membantu ion bergerak dengan lebih mudah.

Namun walaupun ion perlu bergerak dari satu bahagian kepada bahagian yang lain, anod dan katod tidak boleh bersentuhan memandangkan ia akan mengalirkan tenaga kepada elektrolit.

Bagi menghalang perkara ini daripada berlaku, pembuat bateri meletakkan penghadang di antara kedua-duanya.

Di sinilah juga punca kepada masalah di dalam Galaxy Note 7, penghadang yang diletakkan tidak sempurna dan telah menyebabkan dua elektrod tadi bersentuhan.

Apa-apa pun, peranti pintar sudah wujud hampir sedekad namun masih ramai lagi pengguna yang tidak mengetahui bahaya yang tersembunyi di dalam peranti mereka.

Kami pun secara peribadi mengeluarkan peranti dari poket ketika memandu. Takut jika kemalangan berlaku peranti menerima tekanan dan bateri meletup secara tiba-tiba.

Jadilah pengguna yang pintar sekiranya memiliki peranti pintar. – MYNEWSHUB.C

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori