Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

RM50,000 Diberi Untuk Setiap...

ROMPIN : Perikatan Nasional (PN) mengakui bahawa calon yang mewakili gabungan itu ketika...

Melaka Beri Pengecualian Denda...

MELAKA - Kerajaan negeri Melaka memberikan pengecualian denda lewat cukai tanah negeri ini...

Anggota Polis Maut Motosikal...

BUKIT MERTAJAM - Seorang anggota polis yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah...

Maut Tangan Tersepit Di...

DUNGUN - Seorang lelaki maut selepas tangan kirinya putus akibat tersepit di besi...

Australia Desak Indonesia Biarkan Bashir Di Penjara

PERLIHATKAN rasa hormat kepada Australia. Biarkan pengganas meringkuk dalam penjara.

Itulah permintaan Perdana Menteri Australia, Scott Morrison berhubung tindakan Presiden Indonesia, Joko Widodo untuk memberi pengampunan kepada pengganas yang telah disabitkan, Abu Bakar Bashir.

Widodo mengumumkan pada hujung minggu bahawa Bashir, 81, akan dibebaskan dari penjara atas alasan kemanusiaan.

Menurut agensi berita China Xinhua, Bashir telah menjalani hukuman penjara selama sembilan tahun daripada 15 tahun yang dijatuhi atas peranannya dalam insiden pengeboman di Bali pada 2002, yang meragut nyawa 202 orang termasuk 88 rakyat Australia.

Bashir telah disabitkan dengan kesalahan membiayai kem latihan separa tentera bagi pengganas Jemaah Islamiah yang meletupkan dua butir bom di luar kelab malam di pulau peranginan Bali, sebuah destinasi popular dalam kalangan pelancong Australia, pada 2002.

Mengulas keputusan membebaskan Bashir, Morrison pada Selasa telah meminta Widodo agar “memperlihatkan rasa hormat kepada Australia” dengan memaksa Bashir menjalani sepenuhnya tempoh hukuman yang telah dijatuhkan ke atas beliau.


“Kami sentiasa konsisten mengenai kebimbangan kami berkaitan Abu Bakar Bashir dan bahawa beliau perlu menjalani hukuman yang telah diputuskan oleh sistem keadilan Indonesia,” katanya kepada News Corp Australia pada Selasa.

“Kami telah menyatakan dengan jelas mengenai keperluan bagi memastikan bahawa sebagai sebahagian daripada usaha bersama dalam pencegahan keganasan – dan kami mempunyai kerjasama pencegahan keganasan yang cemerlang dengan Indonesia – Abu Bakar Bashir tidak boleh dibenarkan berada dalam sebarang kedudukan yang mampu mempengaruhi atau menghasut,” kata Morrison.

Bashir telah berikrar untuk setia kepada kumpulan militan Daesh pada 2014. – BERNAMA

Kategori