Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Raja Bomoh Kena ‘Cekup’...

KUALA LUMPUR - Ibrahim Mat Zin atau lebih dikenali sebagai Raja Bomoh yang...

Sanjeevan Jangan Mengajar Polis...

KANGAR - Polis memberi amaran kepada Pengerusi Badan Bertindak Pemantau Jenayah Malaysia (Mywatch),...

Mangsa Banjir Di Pulau...

GEORGE TOWN - Setiap keluarga mangsa banjir di negeri ini yang berlaku minggu...

Dilanggar Bekas Isteri, Suami...

SUAMI pelakon Maria Farida, Datuk Rahman Shakur mengambil keputusan membuat laporan polis terhadap...

ATM Nafi Keluarkan Kemeja-T, Topeng Muka ‘Operasi Penawar’

KUALA LUMPUR – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) nafi mengeluarkan penutup hidung dan mulut serta kemeja-T yang mempunyai lambang pasukan keselamatan itu dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Panglima ATM, Jeneral Tan Sri Affendi Buang berkata mana-mana pihak tidak boleh mengeluar, menjual, membeli dan menggunakan sebarang produk yang mengguna pakai nama ‘Operasi Penawar’ serta tertera logo ATM dan PDRM tanpa kebenaran.

“ATM tidak mengeluarkan sebarang produk berupa kemeja-T dan topeng muka untuk dijual kepada orang ramai seperti yang diuar-uarkan di media sosial,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Selain itu, beliau berkata pengeluaran produk-produk ini boleh disalah guna oleh individu-individu tertentu serta mengelirukan orang awam.

“Ini merupakan tindakan untuk mengambil kesempatan dalam situasi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan yang dilaksanakan oleh ATM dan PDRM. 


“Ia juga dilihat mencemar nama baik dan peranan kedua-dua agensi keselamatan ini yang tidak berteraskan sebarang keuntungan perniagaan,” katanya. 

Semalam, PDRM memberi amaran kepada mana-mana pihak agar tidak terlibat dalam menjual, membeli dan menggunakan penutup hidung dan mulut atau kemeja-T yang mempunyai lambang pasukan keselamatan. 

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata ini kerana pihaknya telah mengesan gerakan individu tertentu yang menawarkan penjualan barangan itu yang mempunyai logo PDRM dan ATM. 

Kategori