Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Banjir: 19 Keluarga Dipindah,...

GEORGE TOWN - Seramai 40 orang daripada 19 keluarga dari Teluk Kumbar dipindahkan...

The Titans Lepasi Saat...

KUALA TERENGGANU – The Titans melepasi episod kesukaran mereka dalam usaha memungut mata...

Safiq Rahim Undi Christiano...

KAPTEN skuad kebangsaan, Safiq Rahim menyertai 30 kapten lain yang tidak mengundi bintang...

Anzalna Sah Bergelar Isteri...

TAHNIAH diucapkan buat pelakon Nur Anzalna Mohd Nasir yang telah selamat diijabkabulkan dengan...

ATM Beri Komitmen Kepada Menteri Pertahanan Baharu

KUALA LUMPUR — Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan memberikan komitmen dan sokongan penuh kepada Menteri Pertahanan baharu Mohamad Sabu atau dikenali sebagai ‘Mat Sabu’.

Panglima ATM, Jen. Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor berkata beliau amat yakin dengan penggemblengan fikiran, idea, usaha dan iltizam antara Menteri Pertahanan baharu itu dengan ATM.

Beliau berkata warga dan keluarga ATM akan turut mendapat manfaatnya selain pertahanan negara yang kukuh serta utuh.

“ATM sebagai sebuah organisasi yang disandarkan harapan ini harus bergerak ke arah itu untuk memantapkan ketumbukan ATM.

“Saya mengucapkan tahniah kepada beliau (Mat Sabu) kerana menjadi Menteri Pertahanan yang baharu,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.


Hari ini, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam satu sidang media khas berhubung pembentukan kabinet baharu mengumumkan Mat Sabu yang juga Presiden Parti Amanah Negara (PAN) sebagai Menteri Pertahanan.

Dr. Mahathir turut mengumumkan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Menteri Dalam Negeri manakala Lim Guan Eng sebagai Menteri Kewangan. – BERNAMA

Kategori