Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Jabatan Kesihatan Melaka Arah...

MELAKA - Sebanyak 111 premis makanan di sekitar negeri ini diarahkan tutup selama...

Cheow Lin Tambah Pingat...

LANGKAWI – Skuad pelayaran nenagar menambah satu lagi pingat perak melalui kategori Windsurfing...

Harga Minyak Mentah Dunia...

TOKYO - Harga minyak Brent bergerak menjauhi paras tertinggi empat tahun yang di...

KPM Lulus Pertukaran 2,261...

KUALA NERANG - Kementerian Pendidikan (KPM) telah meluluskan sebanyak 2,261 permohonan pertukaran kes...

Asyraf Wajdi Persoal Tindakan Rayer

SHAH ALAM – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mempersoalkan tindakan Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer yang menjadi peguam bela kepada salah seorang tertuduh kes sindiket penjualan MyKad.

Beliau berkata, pemimpin DAP itu berbuat demikian ketika persepsi yang mengatakan parti itu berusaha menambah keahlian parti melalui pemberian MyKad menular dalam kalangan masyarakat.

Menurutnya, tindakan Rayer membela tertuduh bagi kes sensitif dilihat seakan-akan mengesahkan persepsi tersebut.

“Persepsi kuat dalam masyarakat hari ini mengatakan DAP di belakang segala tindakan dan usaha menambah ahli melalui pemberian MyKad.

“Jadi tindakan beliau menawarkan diri sebagai peguam bela dalam keadaan beliau ialah pemimpin DAP hanya mengesahkan lagi persepsi kepada masyarakat.

“Apakah itu sengaja nak dilakukan beliau kerana mereka (DAP) adalah kerajaan dan menzahirkan sikap sebenar mereka yang sedang berkuasa?” katanya kepada Sinar Harian di sini semalam.


Ketika ditanya mengenai kewajaran tindakan Rayer itu, Asyraf berkata, terserah kepada DAP sama ada persepsi tersebut wajar atau sebaliknya.

Pada 12 September lepas, enam lelaki didakwa di Mahkamah Seksyen Georgetown, Pulau Pinang atas 32 pertuduhan sindiket pengeluaran dan penjualan sijil kelahiran serta MyKad kepada warga asing.

Dalam prosiding pada 18 September lalu, pasukan pembelaan enam individu itu mengemukakan bantahan untuk tidak memindahkan kes ke Mahkamah Tinggi.

Rayer yang mewakili tertuduh kedua, Datuk Lai Chin Wah memohon kepada mahkamah untuk membenarkan anak guamnya membuat laporan polis selepas mendakwa dipukul, diludah dan dipaksa menandatangani dokumen ketika dalam tahanan polis. – Sinar Harian

Kategori