Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Pelajar 17 Tahun Ditahan...

KOTA BHARU - Polis menahan dua lelaki termasuk seorang remaja berusia 17 tahun...

M’sia Perlu Tegas Beri...

ALOR SETAR - Malaysia perlu tegas memberi tekanan kepada Myanmar untuk menangani isu...

Esszone: Perintah Berkurung Dilanjut...

KOTA KINABALU - Fasa ke-28 perintah berkurung di kawasan perairan Zon Selamat Timur...

Tak Tahu Azlan Pilihan...

KANGAR - Pengerusi Barisan Nasional (BN) Perlis, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim tidak...

Asyraf Wajdi Tawar Jadi Ketua Pemuda UMNO

KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki tampil menawarkan diri bertanding untuk jawatan Ketua Pemuda UMNO pada pemilihan parti akan datang.

Beliau yang juga merupakan bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, keputusan tersebut dibuat berdasarkan lima agenda utama yang perlu diberi fokus dalam membawa perubahan kepada UMNO.

“Lima agenda utama harus difokuskan untuk memaknakan perubahan ini, iaitu pengkaderan (pembentukan karakter), pentarbiyahan, pemantapan ilmu, pengukuhan jati diri, dan pemerkasaan rohani.

“Berpandukan lima agenda inilah, dengan penuh rasa keinsafan, amanah dan tanggungjawab saya menawarkan diri sebagai calon Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia,” katanya menerusi satu kenyataan di Facebook miliknya, semalam.

Tambahnya, ujian yang melanda parti UMNO kini merupakan satu isyarat Allah supaya setiap pendokong parti benar-benar menjiwai makna perjuangan sejati.

Asyraf berkata, jika seseorang ahli itu objektifnya adalah untuk mengejar pangkat dan kebendaan, maka hakikatnya kini pangkat dan kebendaan itu sudah tiada.

“Yang tinggal hari ini hanyalah sisa-sisa perjuangan yang menagih kesetiaan dan keikhlasan setiap warga untuk melakukan perubahan dalam parti,” ujarnya.

Dalam pada itu, Asyraf menegaskan bahawa perubahan dalam parti keramat itu harus bermula dengan pembangunan generasi muda sebagai pewaris perjuangan.


“Pemuda perlu disuntik dengan idealisme, roh dan semangat pengorbanan berteraskan prinsip Islam sejati, sebagaimana mendasari perjuangan UMNO sejak awal penubuhannya,” jelasnya.

Asyraf menjadi calon kedua selepas Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun yang mengumumkan akan bertanding jawatan ketua pergerakan itu pada pemilihan parti akan datang.

Majlis Tertinggi UMNO sebelum ini menetapkan tarikh persidangan tahunan Cawangan UMNO dan Pergerakan Wanita, Pemuda serta Puteri UMNO dimulakan pada 19 Mei hingga 10 Jun depan.

Manakala, mesyuarat UMNO di peringkat bahagian pula telah ditetapkan pada 30 Jun ini dan semua persidangan akan dijalankan secara serentak dengan pemilihan parti di semua peringkat. – MYNEWSHUB.CC/EZ

Kategori