Asyraf Sindir Maszlee ‘Bolot’ Kerja SPRM

SINIS… Selepas teruk dikritik netizen dalam isu Rancangan Makanan Tambahan (RMT), Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik cuba alih ‘topik’ dengan…

SINIS… Selepas teruk dikritik netizen dalam isu Rancangan Makanan Tambahan (RMT), Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik cuba alih ‘topik’ dengan dakwa konon skim itu pernah ada ketirisan.

Justeru, beliau mahu segera ditubuhkan Pasukan Khas bagi siasat skandal penyelewengan program RMT itu tetapi terlupa kes tersebut berlaku pada era Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menjadi menteri berkenaan.

Kesal dengan isu ini, Pemuda UMNO Malaysia menyeru Maszlee agar lebih fokus kepada tugas hakikinya sebagai menteri pendidikan dengan merencanakan dasar serta melaksanakan agenda pembangunan pendidikan negara.

Ketuanya, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berpendapat, itu lebih adil kepada pihak kementerian secara keseluruhan dengan serah sahaja tugas siasatan tersebut kepada pihak berkuasa sedia ada yang telah pun diberi mandat.

“Jika benar ada ketirisan dan apa jua bentuk penyimpangan kepimpinan terdahulu, lebih baik beri bukti tersebut kepada pihak berwajib seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang lebih berautoriti.

“Agensi ini memang berfungsi untuk siasat dan seterusnya ambil tindakan. Cadangan tubuhkan Pasukan Khas dalam kalangan staf Kementerian Pendidikan untuk bongkar kesalahan pentadbiran lalu akan hanya bazir masa.

“Juga beliau akan buang tenaga dan wang diperuntukkan untuk kementerian itu sedangkan sudah ada agensi lain yang diberi mandat bagi jalankan tugas tersebut,” tegas Asyraf Wajdi dalam satu kenyataan di ibu negara hari ini.

Beliau merujuk kenyataan Maszlee yang mahu bentuk Pasukan khas bagi siasat kesalahan pentadbiran terdahulu membabitkan kementerian itu antaranya seperti isu RMT dan program bantuan susu kepada pelajar sekolah.

Tambah Asyraf Wajdi lagi, seharusnya Maszlee mengambil serius teguran Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang mahu sistem pendidikan negara dikaji semula bagi lahir generasi muda yang rajin dan berdisiplin.

“Rakyat juga masih ternanti-nanti cadangan bernas menteri buat sesuatu lebih bermakna kepada rakyat berbanding dengan idea isu kasut hitam dan warna stoking yang sehingga hari ini menjadi polemik seantero negara,” ujarnya.

Maszlee turut jadi sasaran kemarahan pelajar universiti baru-baru ini apabila Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mansuh skim baucar buku sebelum buat pusingan U dengan wujudkan semula bantuan itu. – Agensi/Mynewshub.TV