Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Sebanyak 1,000 OKU Sertai...

SEREMBAN - Sebanyak 1,000 Orang Kurang Upaya (OKU) akan menyertai Sambutan Hari OKU...

Malaysia Akan Tingkat Penguatkuasaan...

ROME - Malaysia berminat untuk meningkatkan penguatkuasaan keselamatan siber bagi menangani pengaruh keganasan...

Peruntukan Lebih RM400 Juta...

KUALA LUMPUR - Sejumlah RM422.4 juta diperuntukkan menerusi Kumpulan Wang Amanah Bantuan Bencana...

PRU14: Masyarakat Johor Sambut...

JOHOR BAHRU - Pengumuman manifesto Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya umum ke-14...

“Asyraf Boleh Dialog Tapi Bukan Dengan Saya” – Mujahid

KUALA LUMPUR – Sebagai orang politik, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof tidak akan menyahut cabaran Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia berdebat mengenai isu Tabung Haji (TH).

Sebaliknya,  Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu bersedia menyusun pertemuan Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berdialog dengan golongan profesional yang diberi tanggungjawab  menguruskan TH Plantation.

“Dia (Asyraf) kata Astro Awani bersedia untuk jadi orang tengah, maka dia cabar saya. Kita pun semaklah dengan Astro betul ke (apa yang dikatakan Asyraf), rupanya tidak.

Astro Awani hanya diberitahu dia nak berdebat dengan saya. Astro tidak bagi komitmen nak usahakan debat itu.

“Kalau dia nak berdialog, dengan jujurlah syaratnya, kita tak ada masalah untuk menyusun pertemuan dengan golongan profesional yang menjalankan amanah ini untuk diberikan penerangan supaya benda itu tidak jadi politik,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Soft Launch Residensi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) di Sekolah Agama Saidin Ali, Taman Pelangi Jaya hari ini.

Baru-baru ini, Asyraf pada sidang medianya mencabar Mujahid berdebat dengan mengenai Tabung Haji yang dikatakan menghadapi defisit dan berlaku penyelewengan ketika zaman kerajaan Barisan Nasional (BN).

Beliau juga turut mendesak Mujahid menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) sekiranya betul berlaku penyalahgunaan kuasa ketika beliau memegang jawatan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri sebelum ini.

Namun, Mujahid menjawab, jika perkara yang hendak didebat itu melibatkan entiti perniagaan, beliau merasakan lebih baik pihak yang menguruskan perniagaan itu menjawabnya, bukan orang politik.


Katanya, mengenai TH Plantation, beliau sudah menjawabnya dan menyerahkan kepada golongan profesional untuk menguruskannya.

“(Dr.) Asyraf ini orang politik, saya pun orang politik. TH (adalah) entiti perniagaan. Saya orang politik sebab saya menteri, saya arahkan THP ini biar orang yang profesional yang jalankan, saya tak akan campur tangan.

“Kalau dia nak berdialog, bukan dengan saya, dia kena dialog dengan golongan profesional yang kendalikan THP ini sebab. Asyraf pembangkang, dia tak tau cerita, kenapa perlu dengan saya? Saya (orang) politik.

“Apabila berlaku dialog politik, akan berlaku cerita lain dan akan menimbulkan lagi kebimbangan pendeposit, dia tidak fikir semua itu,” katanya.

Beliau menjelaskan, TH sehingga kini mempunyai 9.4 juta pendeposit dengan kira-kira RM70 bilion lebih nilai tabungan.

Katanya, sebagai menteri, beliau hanya jaga kepentingan itu sahaja, tetapi entiti berkaitan perniagaan diberikan kepada golongan yang pakar mengurusnya. – MalaysiaGazette

Kategori