Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Tubuh Pasukan Siasatan Selepas...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Sesyen di sini diberitahu sebuah pasukan siasatan telah ditubuhkan...

Luahan Hati Banduan: Anne...

KUALA LUMPUR - Kenangan sewaktu menghantar anaknya ke tadika setiap pagi tidak pernah...

Persatuan Mahasiswa UM Kecam...

KUALA LUMPUR - Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (UM) mengecam tindakan pihak pentadbiran Universiti...

Pandalela Gagal Ke Final...

KUALA LUMPUR - Ratu terjun negara, Pandelela Rinong mempamerkan aksi kurang menarik apabila...

Asyik-Asyik Anak Muda: Teruk Sangatkah Anak Muda Kita?

INGATKAN menjelang Hari Raya Haji adalah pandangan baik untuk anak muda. Paling tidak kata-kata semangat.

Tetapi akhirnya Wal Hasil Balik Asal.

Sesuatu yang sangat mengejutkan apabila mendengar ceramah ustazah tersohor di radio pagi ini. Dalam tazkirah menjelang ibadah korban, setengah mati ditalanya anak muda. Dalam luas topik korban, yang dipilihnya ialah mengaitkan anak muda terutama gadis dengan budaya kesia-siaan mengorbankan maruah diri untuk teman lelaki.

“Pengorbanan bukan menyerahkan tubuh kepada ‘boyafren’ (boyfriend),” katanya.

Ini satu kelangsungan kolot pada agamawan terhadap anak muda. Satu warisan pandangan prejudis dan sentiasa melihat dalam konteks agama, pendosa ialah anak muda. Bayangkan… punya luas semangat Hari Raya Korban anak muda juga yang dicirikan sebagai yang tidak celik agama dan pemaksiat.

Hari ini pendosa tidak relatif pada anak muda sahaja. Pemaksiat pun tidak semata-mata relatif anak muda. Penghuruhara agama dan perosak nilai Islam kebanyakkan orang lama. Malah agamawan yang paling teruk mengharu-birukan kestabilan Islam sebagai agama persaudaraan.

Baca akhbar. Yang sengit berkelahi dan berperang hal remeh-temeh pasal Islam ialah orang agama. Mereka para agamawan yang tua dan sangat dewasa umurnya.


Tengok berita. Wajah-wajah perasuah yang melingkupkan intergriti negara dan nilai agama ialah orang dewasa. Umur yang rumah kata pergi kubur kata mari.

Para agamawan! Sila lihat realiti. Jangan pejam mata dan asyik mengulang benda-benda yang sakit telinga kita mendengarnya.

Balik-balik anak muda itu pendosa!

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori