Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Dewan Rakyat Lulus Jawatankuasa...

KUALA LUMPUR : Dewan Rakyat hari ini meluluskan pelantikan Jawatankuasa Pemilih bagi tempoh...

JAKOA Tubuh Pasukan Bertindak...

IPOH - Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) telah menubuhkan Pasukan Bertindak Basmi Ponteng...

Mahkamah Benar Roger Ng...

KUALA LUMPUR - Sebuah mahkamah hari ini membenarkan bekas pegawai bank Goldman Sachs...

Najib Rasmi Projek River...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak malam ini merasmikan...

AstraZeneca: KKM Jamin Rawatan Segera Jika Berlaku Darah Beku

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan membuat pemantauan membabitkan kejadian darah beku apabila 268,800 dos vaksin Covid-19 AstraZeneca mula diberikan kepada orang ramai mulai esok.

Menterinya, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, kejadian darah beku itu sangat jarang berlaku dan pihaknya mengambil-kira faedah vaksin AstraZeneca dalam mencegah jangkitan Covid-19. 

Menurut beliau, sekiranya perkara itu berlaku, KKM memberi jaminan bahawa rawatan segera akan diberikan. 

“Sehubungan dengan itu, orang ramai dinasihati untuk sentiasa memantau tahap kesihatan mereka dan perlu mendapatkan rawatan segera jika mengalami gejala tertentu dalam tempoh empat hari hingga empat minggu selepas menerima suntikan vaksin AstraZeneca. 

“Gejalanya seperti sakit kepala yang teruk dan tidak berkurangan walaupun dengan memakan ubat tahan sakit selain sakit kepala semakin teruk apabila berbaring atau semasa membongkok. 

“Selain itu, sakit kepala luar biasa disertai dengan pandangan kabur, loya dan muntah, sukar bertutur, lemah, mengantuk atau sawan, bintik-bintik kecil pada kulit, lebam atau berlaku pendarahan, sukar bernafas, sakit dada, bengkak pada kaki atau sakit perut yang berterusan,” katanya pada kenyataan, hari ini.

Berikutan itu, Dr Adham meminta pengamal perubatan yang merawat kes berkenaan untuk melakukan pemeriksaan sama ada individu terbabit sudah menerima vaksin dalam masa 30 hari sebelum gejala bermula. 

“Pengamal perubatan juga perlu membuat pemeriksaan lanjut untuk mengesahkan sama ada gejala yang ditunjukkan adalah disebabkan pembekuan darah. 


“Sehubungan dengan itu, pemeriksaan berkaitan termasuk pemeriksaan darah dan radiologi perlu dijalankan dengan segera,” katanya.

Tambah Dr Adham, negara lain juga sudah memberikan vaksin AstraZeneca kepada rakyat mereka.

“Data klinikal di United Kingdom (UK) dan Amerika Syarikat (AS) menunjukkan, vaksin AstraZeneca sangat berkesan terutamanya untuk mencegah jangkitan Covid-19 yang teruk, kes yang memerlukan kemasukan wad dan kematian. 

“Badan regulatori antarabangsa termasuk UK dan Agensi Perubatan Eropah (EMA) turut mengesahkan vaksin AstraZeneca sangat berkesan dan faedahnya dalam mencegah jangkitan Covid-19 adalah mengatasi risiko (benefit outweigh the risk) pengambilan vaksin,” katanya. 

Setakat ini, Malaysia sudah menerima 268,800 dos vaksin AstraZeneca pada 23 April lalu, dengan penerima memerlukan dua dos vaksin bagi mendapat perlindungan lengkap daripada Covid-19.

Pemberian suntikan vaksin AstraZeneca di negara ini dibuat secara sukarela dan pendaftaran untuk mendapatkan vaksin berkenaan dibuka kepada orang ramai pada Ahad lalu kepada penduduk Selangor dan Kuala Lumpur. – myMetro Online

Kategori