Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Skuasy Wanita Dunia 2014:...

KUALA LUMPUR - Ratu skuasy Malaysia dan pemain nombor satu dunia, Datuk Nicol...

Apa Benda kau Merapu...

Bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq memuat naik satu status di akaun Twitter miliknya yang memberitahu sudah 610,000 orang kehilangan perkerjaan di negara ini.

Tayang Gambar Cincin, Nelydia...

TINDAKAN pelakon, Nelydia Senrose memuat naik foto memaparkan cincin di jari manisnya di...

Rakyat Kelantan Harap Harga...

KOTA BHARU - Rakyat Kelantan berharap agar kerajaan dan syarikat pengendali menawarkan harga...

‘Assalam’ TV AlHijrah Kini 100% Kru Muslimah

MEMILIKI dua belas kru penerbitan wanita yang bertugas serentak dari dalam studio hingga ke bilik konti, adalah satu pencapaian luar biasa.

Namun, stesen TV AlHijrah membuktikan – era kewartawanan penyiaran mampu ditakluk kuasa Muslimah.

Pada 18 April, sejarah dicipta, apabila program bual bicara Islami Assalamualaikum yang berdurasi dua jam setengah, sepenuhnya dikuasai karyawan wanita.

Bermula dengan duo hos popular Nur Farahanim Razak dan Amie Sofia Ahmad, Assalamualaikum menemui penonton seawal 7.30 pagi dengan pembaharuan bersejarah.

Dua hos wanita yang berada di set bersiaran dengan bantuan dua jurukamera wanita, Afifah Mohammad dan Helda Darwis. Manakala, program ini diterbitkan Nur Hamizah Pazalol Rahman.

Di konti, yang turut bertugas ialah Pengarah Studio, Nor Haslizah Jaamadi dan dua Pembantu Penerbitan, Suhaila Maruwi dan Nurul Hanis Imar.

Keadaan studio dikendalikan Pengurus Pentas, Nur Shahira Jafery dan dibantu Norshafikah Rais. Kendalian tamu diuruskan Raja Sofie Raja Arif, manakala Amylia Ariffin bertindak sebagai editor.


TV AlHijrah sudah lama menyimpan aspirasi menyediakan pasukan lengkap produksi Muslimah,” kata Nur Hamizah.

“Sebelum ini banyak produksi kami mencapai had 80 peratus muslimah sebagai pasukan penerbitan, tetapi hari ini Assalamualaikum mencipta sejarah seratus peratus Muslimah.”

Hari ini, sebagai simbolik, Assalamualaikum dikemudi pengacara terkenal, Amie Sofea Ahmad dan Nur Farahanim Razak. Satu bukti, wanita mampu menjadi berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan lelaki.

“Walaupun wanita, kami tetap perlu datang seawal jam 6 pagi setiap hari untuk memastikan kelancaran program yang bermula tepat pukul 7.30 pagi,” kata Nur Hamizah.

Hendak seribu daya, tidak hendak seribu dalih. Itulah gambaran kesungguhan dan kesabaran yang ditunjukkan seluruh tenaga muslimah yang menguasai kerja produksi ini.

Hebat Muslimah TV AlHijarah. Syabas! – MYNEWSHUB.CC

Kategori