Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Lelaki Dikelar, Rantai Emas...

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki warga tempatan cedera di bahagian leher dan bahu...

Ops Bantu: 334 Anggota...

KUALA TERENGGANU - Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Terengganu menugaskan 334 orang pegawai,...

Aduan Buli Di Sekolah...

SUNGAI SIPUT - Jumlah aduan berkaitan kes buli terus mencatat peningkatan kepada 69...

Ditikam 17 Kali, Sempat...

SEORANG peniaga berusia 54 tahun ditemui mati di rumahnya di Villasis, Pangasinan, Filipina...

‘ASP’ Kaki Pinjam Akhirnya Dijel, Disebat

ALOR GAJAH – Padah menggunakan identiti ASP Azizul Abu Hanifah bin Tan Sri Abdullah, seorang penganggur diperintah menjalani hukuman penjara tiga tahun dan satu sebatan oleh Mahkamah Majistret Alor Gajah, di sini, semalam selepas mengaku salah atas dua tuduhan menyamar dan menipu seorang wanita, tahun lalu.

Pengakuan bersalah tertuduh, Azizul Abu Hanifah Abdullah, 33, itu dibuat di hadapan Majistret Nor Azizah Yusof selepas mengangguk faham terhadap pertuduhan yang dibacakan jurubahasa.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh menyamar sebagai ASP Azizul bin Tan Sri Abdullah dari Jabatan A1 Bukit Aman bagi memperdaya wanita Nurul Eleena Umar, 33, sekitar Januari 2016 di pekan Alor Gajah, di sini.

Justeru, tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 419 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 10 tahun dan dengan sebat serta boleh dikenakan denda.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa berpura-pura memegang jawatan tertentu sebagai penjawat awam dengan niat memperdaya mangsa yang sama, sekitar bulan dan lokasi sama. – myMetro Online

Kategori