Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Permohonan Pindah Kes Goldman...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi menetapkan 14 Januari depan untuk mendengar permohonan pendakwaan...

Status Agama Anak Antara...

KUALA LUMPUR - Rang Undang-undang Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) (Pindaan) 2016 dibentangkan...

Wartawan Penyiasat Disiksa Sebelum...

Mexico - Seorang wartawan penyiasat, Ruben Espinosa yang melarikan diri dari rumahnya ke...

Undian Syed Saddiq Pilih...

MALUNYA... Undian menerusi akaun sosial Facebook yang dibuat Syed Saddiq Syed Abdul Rahman...

Asfan Panik Dua Bulan Peti Suara ‘Rosak’

SEBAGAI seorang penyanyi, masalah kesihatan merupakan antara penghalang besar yang mampu merosakkan segala perancangan untuk memberikan persembahan terbaik.

Masalah tersebut menjadi lebih meresahkan bagi para penyanyi adalah apabila masalah kesihatan melanda diri mereka menjelang sesebuah acara besar.

Bagi penyanyi, Asfan Shah, dia baru-baru ini berdepan detik cemas apabila mengalami gangguan peti suara selama dua bulan yang membuatkannya sukar menyanyi.

Jelas Asfan, perkara itu menyebabkan dia terpaksa menghentikan seketika aktiviti seninya ekoran berdepan masalah kesihatan yang tidak menentu sejak awal tahun ini menyebabkan peti suaranya terjejas.

“Pada mulanya, anak saya mengalami demam panas, diikuti isteri. Tidak lama selepas itu, saya pula jatuh sakit. Keadaan kesihatan yang tidak menentu menyebabkan peti suara saya mengalami masalah.

“Saya terpaksa menunda kerja seni sepanjang tempoh itu. Ada pihak yang meminta saya meneruskan juga aktiviti seni dan tidak kisah jika saya menyanyi secara miming,” katanya memetik BH Online.

Namun, Asfan terpaksa menolak undangan tersebut kerana kurang gemar membuat persembahan dengan cara sebegitu kerana merasakan seperti tidak berlaku jujur kepada peminatnya.

Mengulas mengenai perkembangan kerjaya seninya, Asfan akan menjayakan satu persembahan showcase Asfan Shah Live Performance di Heaven’s Door Bistro di Iskandar Puteri, Johor Bahru, Johor pada 17 Mac ini.

Asfan mengakui bahawa dirinya teruja untuk kembali menemui dan membuat persembahan untuk peminatnya setelah sekian lama berehat disebabkan masalah kesihatan yang dilaluinya.


Jelasnya, ini merupakan showcase kali kedua yang dijayakan di negeri itu dan persembahan akan dibahagikan kepada dua sesi iaitu petang dan malam.

Showcase tersebut juga akan menyaksikan Asfan yang popular dengan lagu Sumpah Cintaku itu menyanyikan lapan buah lagu untuk peminat yang hadir.

“Alhamdulillah, showcase ini mendapat maklum balas yang baik terutama daripada peminat yang menanti saya menyanyikan lagu Sumpah Cintaku secara akustik.

“Dari segi latihan nyanyian, tidak banyak masalah. Untuk menjaga suara, saya mengamalkan pengambilan madu organik sebagai makanan tambahan, selain berusaha mendapatkan rehat yang cukup.

“Saya turut membuat sedikit kajian di YouTube, terutama mengenai cara berkomunikasi dengan penonton. Saya mahu lebih dekat dengan peminat. Insya-Allah, saya akan memberikan persembahan terbaik,” jelasnya.

Selain Asfan, showcase yang dianjurkan Heaven’s Door Bistro itu akan turut menampilkan penyanyi sensasi YouTube, Haikal Farid dan juga kumpulan The Anderson. – MYNEWSHUB.CC/EZ

Kategori