Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Mansuhkan Kuasa Menteri Untuk...

KUALA LUMPUR - Seorang pengamal cukai kanan telah meminta kerajaan memansuhkan seksyen 127...

Akhirnya.. Azwan Ali Nekad...

SIAPA yang tidak kenal dengan figura yang menggelarkan dirinya diva AA, Azwan Ali...

Selepas Ainaa, Paksu Hadiahkan...

RAMAI pembaca telah mengetahui kisah tangan mekanikal atau bionik adik Ainaa Amanda, 7 tahun...

Baddrol Pemain Liga Super...

SHAH ALAM - Pemain tengah pasukan Kedah, Baddrol Bakhtiar dipilih sebagai penerima Anugerah...

Aset Dirampas Daripada 1MDB Akan Dikembalikan

KUALA LUMPUR – Aset yang dirampas daripada 1Malaysia Development Bhd. akan digunakan untuk menjana pendapatan dan dikembalikan kepada Malaysia secepat yang mungkin, kata Menteri Kewangan, Lim Guan Eng menerusi akaun Twitter beliau selepas mengadakan mesyuarat dengan Duta Amerika Syarikat (AS) di Malaysia, Kamala Shirin Lakhdhir.

Semasa mesyuarat itu, kedua-dua pihak membincangkan perkara penting berkaitan pelaburan dan firma AS yang besar di Malaysia.

“Beliau (Kamala Shirlin) memberi jaminan kepada saya bahawa aset yang dirampas daripada 1MDB akan digunakan untuk menjana pendapatan dan dikembalikan kepada Malaysia secepat yang mungkin,” katanya.

Sejak melaporkan diri sebagai menteri kewangan pada 22 Mei, Lim mendedahkan bahawa kerajaan​​​​​​​ mengeluarkan wang, berjumlah RM6.9 bilion untuk membayar hutang 1MDB sejak April 2017.

Beliau juga memaklumkan bahawa negara mempunyai hutang sebanyak RM1 trilion setakat 31 Disember 2017 yang termasuk RM686.8 bilion hutang kerajaan Persekutuan dan RM199.1 bilion dalam bentuk jaminan​​​​​​​ kerajaan ​​​​​​ yang akan dibayar bagi mewakili entiti yang gagal membayar hutang mereka. – BERNAMA

Kategori