AS Tuduh Pakistan Langgar Kebebasan Beragama

WASHINGTON – Amerika Syarikat memasukkan Pakistan ke dalam senarai negara disenaraihitamkan kerana melanggar hak kebebasan beragama, meningkatkan tekanan ke atas negara itu berhubung layanan terhadap golongan minoriti.

Setiausaha Negara AS, Mike Pompeo, berkata beliau menetapkan Pakistan dalam kalangan ‘negara yang menjadi perhatian khusus’ dalam laporan tahunan Kongres, setahun selepas Jabatan Negara meletakkan Islamabad dalam senarai pemerhatian tanpa sebarang akibat perundangan. – AFP/BH ONLINE