AS Pulangkan AS$300 Juta Dana 1MDB Kepada Malaysia

KUALA LUMPUR – Kerajaan hari ini mengumumkan bahawa sebanyak AS$300 juta daripada dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dipulangkan kepada Malaysia oleh kerajaan Amerika Syarikat.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, jumlah itu adalah dana diperoleh semula hasil daripada penyitaan aset berkaitan 1MDB di bawah Inisiatif Pemulihan Aset Kleptokrasi oleh Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat.

“Pada 30 Oktober 2019, penjenayah dikehendaki Malaysia, Jho Low telah mencapai penyelesaian dengan DOJ berkenaan beberapa tuntutan perlucutan hak yang difailkan jabatan itu ke atas aset-aset dibeli Jho Low menggunakan dana 1MDB.

“Jumlah AS$300 juta ini merangkumi beberapa aset yang telah dilucut hak dan dijual, serta juga aset berkaitan 1MDB yang telah disita dan diserahkan kembali oleh individu tertentu berkait dengan Jho Low,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

Muhyiddin berkata, pemulangan AS$300 juta itu bermakna dana 1MDB yang dikembalikan kepada Malaysia sama ada dalam bentuk hasil proses penjualan ataupun aset secara keseluruhannya kini berjumlah AS$620 juta.

Perdana Menteri berkata, proses untuk menjual baki aset yang disita daripada Jho Low masih diteruskan atas keputusan penghakiman DOJ.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Amerika terutamanya kedutaan negara itu di Kuala Lumpur atas bantuan dan kerjasama utuh dalam melancarkan pemulangan wang berjumlah AS$300 juta ini.

“Saya juga berterima kasih kepada Menteri Kewangan Malaysia dan Peguam Negara atas peranan mereka dalam proses rundingan yang berkaitan,” katanya.

Muhyiddin berkata, usaha untuk mendapatkan semula aset 1MDB di seluruh dunia masih berjalan dan kerajaan akan terus bekerjasama dengan Amerika Syarikat, DOJ dan agensi luar negara untuk membawa pulang lebih banyak aset 1MDB pada masa akan datang.

Loading...